Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Samsung Galaxy S7 tersebar lagi

s7

CES 2016 dilihat menjadi tumpuan tinggi dengan banyak syarikat gergasi telefon pintar mengumumkan inovasi terbaru mereka di pameran yang kini sedang berlangsung di Las Vegas.

Walaupun tidak di lancarkan di CES, Samsung Galaxy S7 masih menjadi topik yang sentiasa berlegar di hampir semua laman teknologi setiap hari.

Jika semalam kami telah menyenaraikan semua maklumat yang anda perlu tahu mengenai Samsung Galaxy S7 hari ini beberapa lakaran rasmi memberikan kita petunjuk jelas akan reka bentuk generasi baru telefon pintar Samsung ini.

Daripada gambar ini Samsung Galaxy S7 dilihat hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Galaxy Note 5 dengan gelas melengkung  dan lebih kompak.

Samsung Galaxy S7 ini mempunyai ukuran dimensi 142.5mm x 69.5mm x 7.9mm iaitu 1mm lebih tebal berbanding Galaxy S6 dan ia mungkin disebabkan kapasiti bateri dan sensor kamera yang lebih besar.

Saiz skrin paparan yang akan digunakan dilihat sama seperti tahun lalu iaitu skrin paparan QHD 5.1-inci namun akan menggunakan gelas 2.5D.

Pengunaan micro USB masih menjadi pilihan Samsung dan tidak mengikut trend di pasaran yang mula menyertakan slot USB Type-C.

Samsung Galaxy S7 dijangka akan dilancarkan secara rasmi di majlis pelancaran Samsung Unpacked 2016 yang akan berlangsung bulan hadapan iaitu beberapa hari sebelum bermulanya sidang Mobile World Congress bermula.

sumber

s7-3 s7-2 s7-1 s7-4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.