Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CES 2016 : Huawei MediaPad M2 dilancarkan – mempunyai stylus

CX-ki40UwAAwy3X

Selain pelancaran versi jam pintar Huawei Watch Elegant dan Huawei Watch Jewel yang ditawarkan khusus untuk golongan wanita, Huawei turut mengumumkan pelancaran tablet Huawei MediaPad M2.

Huawei MediaPad M2 ini hadir dengans skrin paparan IPS LCD berukuran 10.0-inci dengan resolusi 1920 x 1200, pemproses Kirin 930 , dua pilihan RAM dan kapasiti memori simpanan dalaman . versi 2GB RAM hadir dengan 16GB memori simpanan dalaman manakala versi 3GB RAM hadir dengan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, daya tarikan terbesar yang dimiliki tablet MediaPad M2 ini adalah ianya memfokuskan kepada penawaran kualiti audio yang terbaik di pasaran. Huawei MediaPad M2 ini hadir dengan 4 pembesar suara Harmon Kardon.

Selain itu, MediaPad M2 juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie 5MP dengan kapasiti bateri dikatakan 6,600mAh.

Selain itu, Huawei MediaPad M2 turut hadir dengan stylus khas namun tiada sebarang slot khas untuk meletakkan stylus ini bersama-sama tablet.

Huawei MediaPad M2 versi 2GB RAM/16GB ROM ini ditawarkan pada harga $349 (RM 1,528) bagi versi Wi-Fi sahaja manakala versi 4G LTE pula ditawarkan pada harga $399 (RM 1,747).

Versi 64GB pula ditawarkan dengan stylus mempunyai harga penjualan $419 (RM 1,834) bagi versi Wi-Fi dan $469 (RM 2,053) bagi versi 4G LTE.

Seperti Huawei Mate 8, Malaysia turut disenaraikan didalam kumpulan negara pertama untuk menerima tablet ini dan ianya mungkin dilancarkan di pasaran tempatan bersama-sama Mate 8.

CX-jYPCUsAAl5m1 CX-jzuCUMAA_R9p CX-kOMvUkAAfXf9 CX-jj-oUwAEHQBc CX-jrsjUQAA_sJY CX-kBt_UsAA-V2X

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.