Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Watch kini ditawarkan di Malaysia – dari RM 1,599

apple watch malaysia-2

Apple Watch yang dilancarkan kira-kira satu tahun lalu kini secara rasminya telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga penjualan yang bermula dari RM 1,599.

Ketiga-tiga versi Apple Watch yang dilancarkan di pasaran lain turut ditawarkan di sini iaitu Apple Watch Sport, Apple Watch dan Apple Watch Edition.

Harga penjualan Apple Watch Sport yang hadir dengan tali plastik ditawarkan pada harga penjualan RM 1,599 bagi versi saiz 38mm manakala versi 42mm mempunyai harga penjualan RM 1,849.

Selain warna seperti emas ros, hitam , putih , oren dan biru, Apple Malaysia turut menawarkan edisi Apple Watch sport didalam warna merah sempena tahun baru cina dan akan ditawarkan pada harga yang sama sehingga 22 Februari. Sebanyak 16 model ditawarkan didalam versi ini dan anda boleh melihatnya di sini

Beralih kepada model Apple Watch pula, ianya hadir dengan harga penjualan yang bermula dari RM 2,499 bagi sehingga RM 5,049. Sebanyak 20 model ditawarkan, Lihat kesemua model tersebut di sini

Beralih kepada Apple Watch Edition yang sudah pasti lebih mahal daripada yang telah kami senaraikan.

Apple Watch Edition ini hadir dengan salutan emas 18-karat dan harga permulaan nya bermula pada ‘hanya’ RM 57,000 sehingga RM 80,000. Kesemua model tersebut boleh anda lihat di sini

Selain itu, anda juga boleh membeli aksesori tali jam tambahan Apple Watch ini dengan harga permulaan serendah RM 249 sehingga RM 2,049.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.