Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CES 2016 : LeTV Max Pro akan dilancarkan dengan pemproses Snapdragon 820

LeTv Max Pro

LeTV yang sebelum ini telah mengumumkan akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka di Las Vegas pada 5 Januari 2016 telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 (SD820)

LeTv Max Pro akan menjadi telefon pintar pertama yang dilancarkan dengan pemproses Snapdragon 820 dan berdasarkan gambar yang dimuat turun oleh akaun Weibo LeTV , model ini akan hadri dengan reka bentuk panel sisi skrin yang nipis, tiga butang kapasitif, butang kuasa di sebelah kanan dan butang suara di bahagian kiri.

Selain itu, LeTV Pro juga dijangka akan memiliki teknologi keselamatan capjari yang menggunakan teknologi sensor ultrasonik Qualcomm yang ditawarkan secara eksklusif bagi peranti yang menggunakan pemproses SD820 ini.

LeTV Max Pro dijangka akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, skrin paparan QHD 5.5-inci, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, kamera utama 21MP, kamera selfie 4MP dan tidak lupa sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Kami akan membawakan maklumat penuh telefon pintar terbaru LeTV apabila ianya telah dilancarkan secara rasmi lewat hari ini.

LeTV Max Pro yang akan dilancarkan ini juga akan membuat penampilan sulungnya di CES 2016 yang bermula esok di Las Vegas.

LeTV Max Pro dijangka akan ditawarkan di pasaran antarabangsa dan China secara serentak dan dengan harga penjualan yang berpatutan.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.