Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi mula menawarkan Mi TV 3 bersaiz 70-inci

image

Xiaomi yang memang terkenal didalam penawaran produk elektronik sebelum ini pernah mengumumkan televisyen pintar mereka yang telah memasuki generasi ketiga.

Mi TV 3 yang dilancarkan sebelum ini hadir dengan saiz skrin 60-inci dengan resolusi 4K dan kini Xiaomi telah mula menawarkan versi 70-inci TV pintar ini dan panel skrin yang lebih besar ini di bekalkan oleh Sharp.

Selain itu, Mi TV 3 70-inci ini juga hadir dengan cip pemprosesan MStar 6A928, cip MEMC untuk mengurangkan pengkaburan gambar dan UI MIUI TV yang berasaskan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Mi TV 3 hadir dengan reka bentuk yang sangat nipis dan kesemua komponen penting bagi TV pintar ini diletakkan secara berasingan pada satu kotak suara yang dikenali sebagai Mi TV Bar.

Lebih menarik, juga boleh membeli Mi TV Bar secara berasingan dan ianya dijual dengan harga penjualan CNY 999 (RM 663). Dengan menggunakan Mi TV Bar ini, anda boleh mengubah mana-mana skrin menjadi TV pintar

Bercakap mengenai harga penjualan Mi TV 3 70-inci ini, ianya kini ditawarkan di China pada harga CNY 9,999 iaitu sekitar RM 6,652 dan jauh lebih mahal berbanding versi 60-inci yang hanya ditawarkan pada harga CNY 4,999 iaitu sekitar RM 3,316.

Televisyen pintar Mi TV 3 60-inci dan 70-inci hanya ditawarkan di China dan seperti generai Mi TV yang sebelum ini, model ini juga dijangka hanya akan ditawarkan secara eksklusif di pasaran China.

sumber

imageimageimageimage

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.