Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo mengumumkan siri F yang memfokuskan kamera

image

Oppo, pengeluar telefon pintar yang suatu ketika dahulu pernah curi tumpuan dunia apabila melancarkan Oppo Find 7 sebagai telefon pintar pertama dengan skrin paparan QHD kini boleh dikatakan semakin popular dikalangan pengguna termasuk di Malaysia.

Kini,Oppo secara rasmi rasminya telah mengumumkan bahawa satu siri telefon pintar yang dikenali sebagai siri F dan telefon pintar pertama didalam siri ini adalah telefon pintar spesifikasi pertengahan yang akan dikenali sebagai F1.

Siri F daripada Oppo ini akan memfokuskan kepada penawaran teknologi kamera yang terbaik untuk pengguna.

Siri F ini juga dikatakan akan menawarkan kemampuan pengambilan gambar seperti model premium pada model yang lebih murah.

Siri Oppo F ini dilihat satu lagi model yang dijangka akan mendapat perhatian baik khususnya daripada golongan yang gemar mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar.

Walaupun telah mengumumkan mengenai kewujudan F1, Oppo masih belum memberikan sebarang maklumat spesifikasi yang akan dimiliki oleh telefon pintar ini.

Walaubagaimanapun, satu perkara yang boleh kami pastikan adalah , Oppo F1 akan hadir dengan unit kamera beresolusi tinggi.

Oppo F1 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari ini.

Menurut Naib Presiden dan Pengarah Urusan Perniagaan Antarabangsa Oppo, Sky Li, siri telefon pintar F ini akan hadir dengan spesifikasi memberangsangkan, reka bentuk menarik dan harga penjualan yang menarik.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.