Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Langgan pelan internet UMobile UMI dan dapatkan 1GB percuma

image

Pada bulan November yang lalu, Pengukur kelajuan rangkaian yang dimiliki oleh penyedia perkhimatan internet yang popular iaitu Ookla telah mengiktiraf UMobile sebagai penyedia rangkaian mudah alih paling pantas di Malaysia.

Sebagai meraikan pengiktirafan ini, syarikat telekomunikasi ini telah menawarkan 1GB data percuma untuk satu bulan bagi kesemua pelanggan prabayar, pascabayar dan jaluar lebar UMobile.

Internet percuma ini telah ditawarkan mulai 1 Disember sehingga 31 Disember lalu dan 1GB data yang dikreditkan secara automatik kepada akaun pelanggan Umobile.

UMobile kini telah mengumumkan bahawa pelanggan pelan prabayar Internet UMI akan mendapat 1GB tambahan kuota internet percuma pada bulan Januari ini.

Ini bermaksud setiap pengguna yang mempunyai langganan pelan internet UMI, anda akan mendapat kuota tambahan 1GB internet secara percuma dan kuota ini mempunyai jangka hayat 30 hari.

Penawaran kuota internet tambahan secara percuma ini pasti disambut baik oleh pengguna lebih-lebih baik dengan penawaran rebat GST tambah nilai prabayar yang telah bermula pada 1 Januari 2016

UMobile kini mempunyai 4 juta pelanggan dengan 70% daripada mereka adalah pengguna telefon pintar manakala lebih 90% adalah pengguna Internet.

tindakan UMobile menawarkan kuota percuma ini mungkin mengundang reaksi daripada syarikat telekomunikasi yang lain untuk turut tampil dengan  pemberian yang sama.

bagi pelanggan UMobile yang tidak melanggan pelan internet UMI ini anda boleh melagganya di *118*3*1*1#

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.