Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P9 dilaporkan akan dilancarkan di CES 2016 dengan 6GB RAM

huawei ces 2016

CES 2016 akan bermula mulai hari Rabu ini dan penganalisa terkemuka dari China iaitu Pan Jiutang berkata bahawa Huawei akan melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu P9 di sidang pameran ini dan ianya akan mengejutkan dunia telefon pintar.

Jiutang berkata Huawei P9 akan dilancarkan secara rasmi di CES 2016 dan ianya akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan 6GB RAM.

Pan Jiutang juga berkata bahawa Huawei P9 akan memiliki teknologi kamera berkembar seperti yang kami pernah laporkan beberapa bulan lalu.

Kamera Huawei P9 yang akan digunakan pada bahagian belakang adalah dua unit kamera 13MP dan kamera yang unik ini dikatakan akan hadir dengan satu algoritma yang telah dibangungkan sejak beberapa tahun lalu.

Selain itu, Huawei P9 akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses generasi baru quad-core Kirin 950 yang diperkenalkan pada Huawei Mate 8, dan GPU MP4 Mali-T880.

Walaupun bersumberkan dari penganalisa terkenal, kami masih mempunyai keraguan yang tinggi bahawa Huawei akan melancarkan telefon pintar utama mereka di CES 2016 yang akan bermula beberapa hari sahaja lagi.

Jika Huawei benar-benar melancarkan telefon pintar P9 mereka di CES 2016 , kami akan pastikan laporan mengenainya di laporkan oleh kami di MobileFokus.

CES 2016 akan berlangsung dari 6 Januari 2016 sehingga 9 Januari 2016.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.