Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung akan memperkenalkan 3 peranti konsep di CES 2016

samsung-creative-labs-welt-wink-tiptalk-ces-2016Samsung telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan tiga produk konsep yang telah dihasilkan melalui projek yang dikenali sebagai Creative Lab (C-Lab) pada CES 2016. C-Lab adalah satu program inovasi daripada Samsung yang membolehkan pekerja mereka membangungkan produk menggunakan idea mereka yang tersendiri.

Tiga projek yang akan diperkenalkan pada CES 2016 ini adalaah WELT – tali pinggang pintar yang memfokuskan kepada aspek kesihatan pengguna, Rink – satu alat kawalan yang boleh digunakan bersama peranti VR dan TipTalk satu UX yang menarik dimana anda boleh mendengar suara yang dihantar melalui badan anda.

samsung welt-2

WELT

WELT adalah peranti pemakaian pintar yang kelihatan seperti tali pinggang biasa dan ianya mampu mengukur saiz pinggang, tabiat pemakanan, jumlah langkah yang dijalan selain berapa lama anda duduk. Kesemua data ini akan dihantar kepada satu aplikasi yang direka khas untuk analisis sebelum satu pelan pengurusan kesihatan dan berat di cadangkan.

samsung rink

RINK

Rink adalah satu alat kawalan pengerakan tangan yang direka khas untuk peranti VR iaitu dan ianya dilihat mempunyai konsep pengunaan sama seperti peranti Nintedo Wii. Rink menawarkan pengguna untuk mengawal permainan atau kandungan didalam persekitaran realiti maya yang akan memberikan pengunaan VR yang lebih mendalam dan efektif.

samsung tiptalk

TipTalk

Peranti yang paling perhatian kami adalah TipTalk, ianya adalah satu pengalaman pengunaan UX yang membolehkan mereka mendengar suara daripada peranti pintar mereka seperti Gear S2. Tanpa pengunaan peranti tambahan seperti headset atau earphones anda boleh mendengar suara panggilan dengan hanya meletakkan jari anda pada telinga.

TipTalk ini meningkatkan kejelasan panggilan dan ianya akan hanya didengar oleh anda walaupun pada keadaan yang sangat bising seperti di konsert dan tapak pembinaan.

Mempunyai bentuk seperti tali jam, TipTalk boleh digunakan bersama jam pintar dan jam konvensional sebelum di padankan kepada telefon pintar.

Kesemua produk didalam projek Creative Lab (C-Lab) ini masih didalam proses pembangunan dan ianya dipamerkan untuk melihat potensi pasaran dan mengumpul maklum balas daripada pengunjung CES sekaligus memperbaiki lagi kelemahan yang dimiliki peranti ini.

sumber

WELT

samsung welt-1

RINK

samsung rink-1 samsung rink-2

TipTalk

samsung tiptalk-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.