Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kos pemilikan Internet di Malaysia bukanlah yang termahal di ASEAN

kos-pemilikan-internet-mudah-alih-di-Asia-Tenggara

Sebelum ini anda pernah pasti terbaca bahawa kita penduduk Malaysia merupakan antara pengguna yang mempunyai kos pembelian data internet mudah alih yang paling mahal di Asia dan mungkin juga didunia.

Walaubagaimanapun, satu kajian daripada Tech in Asia mendedahkan bahawa kos pembelian internet mudah alih di Malaysia tidak begitu tinggi apabila di bandingkan dengan senarai negara ASEAN atau lebih mudah untuk kami perkatakan sebagai negara-negara Asia Tenggara.

Pada infografik ini, Tech in Asia telah membandingkan kos pemilikan internet mudah alih 1GB didalam (US$) bagi setiap negara di Asia Tenggara.

Selain itu, Tech in Asia turut membandingkan gaji minimum yang ditetapkan di kesemua negara ini namun negara seperti Brunei, Kemboja dan Singapura tidak mempunyai gaji minimum. Bagi ketiga negara ini, data dari industri yang menawarkan gaji paling rendah diambil.

Berdasarkan kesemua maklumat ini, mereka telah membuat satu infografik yang mendedahkan jumlah waktu bekerja (jam) yang perlu seseorang itu lakukan untuk membeli 1GB kuota internet mudah alih.

Jika dibandingkan dengan gaji minimum dan kos pemilikan Timor Leste mempunyai kos pemilikan internet mudah alih termahal di Asia Tenggara diikuti oleh Filipina.

Selepas kedua negara ini, negara termahal dengan kos pemilikan internet mudah alih berdasarkan mekanisma pengiraan yang sama seperti di atas adalah Myanmar, Vietnam , Indonesia , Laos , Malaysia , Thailand , Kemboja , Singapura dan Brunei.

Bercakap mengenai kos pemilikan internet mudah alih di Malaysia, secara purata untuk membeli 1GB internet kita harus mengeluarkan $4.42 iaitu sekitar RM 19 dengan gaji minimum sejam adalah $1.18 (RM 5.07) dan ini bermaksud anda harus berkerja selama 3 jam 45 minit untuk membeli kuota internet ini.

Sedikit mengejutkan adalah negara seperti Kemboja mampu menawarkan kos pemilikan internet yang lebih murah berbanding negara kita yang dikatakan lebih maju.

Brunei menawarkan kos pemilikan internet mudah alih yang paling murah dimana untuk membeli 1GB Internet, mereka hanya perlu berkerja selama 1.04 jam.

selamat tahun baru kepada semua pembaca setia MobileFokus 🙂

sumber

kos-pemilikan-internet-mudah-alih-di-Asia-Tenggara-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.