Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Nubia 11 mungkin dilancarkan 5 Januari 2016

 

zte nubia
ZTE telah mengumumkan bahawa satu pelancaranproduk akan berlansung pada 5 Januari ini dan ianya dilihat sesuatu yang besar memandangkan syarikat ini telah mula memperkatakan mengenainya.

Pengumuman ini telah dibuat melalui akaun Weibo ZTE Nubia yang merupakan satu lagi jenama telefon pintar yang lebih premium keluaran ZTE.

Pengumuman terbaru ini telah menimbulkan persoalan samada kita mungkin menyaksikan pelancaran ZTE Nubia 11 yang akan menjadi generasi terbaru telefon pintar utama mereka.

ZTE Nubia 11 dikatakan akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.2-inci dengan skrin melengkung tanpa panel sisi, pemproses generasi terbaru Snapdragon 820 daripada Qualcomm, kamera utama 20.7MP dengan flash LED dwi-tona, kamera selfie 13MP, 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, ZTE Nubia 11 juga dikatakan akan hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang selain reka bentuk berasaskan keluli.

Walaubagaimanapun, teaser yang dikeluarkan oleh ZTE ini mungkin hanya untuk mengumumkan laman sesawang antarabangsa dan kedai atas talian ZTE bagi jenama Nubia. Tujuan kemungkinan ini ditimbulkan adalah, ZTE baru sahaja telah melakukan pembelian domain nubia.com dengan bayaran $2 juta atau sekitar RM 8.59 juta.

Jika ZTE mahu melancarkan telefon pintar baru pada 5 Januari ini, kami pasti lebih banyak ‘teaser’ mengenai apa yang akan dilancarkan akan dikeluarkan didalam masa beberapa hari ini.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.