Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Proses Pengeluaran Apple iPhone 7c bermula bulan hadapan

apple iphone 7 concept-2
Kata-kata mengenai kemungkinan Apple melancarkan satu lagi model telefon pintar iPhone mini telah hangat diperkatakan. Pada mulanya Apple dilaporkan akan melancarknya bersama-sama Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus namun ianya tidak menjadi realiti.

Laporan terbaru mendakwa bahawa Apple iPhone 7c yang akan dilancarkan tahun hadapan akan hadir dengan reka bentuk dan saiz yang sama seperti Apple iPhone 5c dan akan ditawarkan didalam tiga warna dengan bateri berkapasiti 1642mAh.

Berdasarkan khabar angin sebelum ini, Apple iPhone 7c dengan reka bentuk berasaskan keluli ini akan hadir dengan skrin paparan 4.0-inci ( dengan gelas 2.5D) dan akan menggunakan pemproses Apple A9 yang diperkenalkan pada iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

Apple iPhone 7c dikatakan telah melalui proses pengeluaran percubaan yang kecil dan akan mula di kilangkan secara komersial mulai bulan hadapan.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apple iPhone 7c juga dijangka tidak memiliki sensor capjari TouchID dan skrin paparan 3D Touch yang akan ditawarkan pada model utama Apple.

Walaupun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi, pelancaran Apple iPhone 7c dengan skrin paparan 4.0-inci dijangka akan menjadi kenyataan dan mungkin dilancarkan bersama-sama Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus pada bulan September 2016.

kami berharap harga penjualan Apple iPhone 7c akan lebih murah apabila dibandingkan dengan Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.