Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

FiresVR memperkenalkan headset VR JiDome-1 termurah didunia

GearVR like product launched by FiresVR

Realiti maya atau lebih kita kenali sebagai VR mungkin belum mendapat perhatian yang tinggi di pasaran namun ini tidak menghalang satu syarikat dari China untuk mencuba nasib didalam industri yang masih muda ini.

Syarikat yang dikenali sebagai FiresVR secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu headset realiti maya yang dikenali sebagai JiDome-1 dan adalah produk pertama yang boleh dibandingkan secara terus kepada Samsung Gear VR namun tidak seperti Gear VR yang menyokong peranti Samsung, JiDome-1 mampu menyokong banyak peranti Android di pasaran.

FiresVR dengan bangganya mengelar mereka sebagai Xiaomi didalam industri VR China.

Tidak seperti headset VR yang berada di pasaran, JiDome-1 boleh dikatakan satu-satunya headset VR yang hadir dengan aksesori rasmi Google Cardboard.

Headset VR JiDome-1 ini telah dicuba bersama-sama Xiaomi Note dan FiresVR dikatakan sedang berusaha untuk menambah sokongan bagi model-model lain di pasaran.

Selain itu, disebabkan kekurangan perisian dan perkakasan pada teknologi yang digunakan, JiDome-1 hanya mampu menyokong hampir 30% telefon pintar di pasaran dan mempunyai sasaran untuk menyokong hampir 50% telefon pintar tahun hadapan.

Walaupun telah diumumkan, JiDome-1 hanya akan ditawarkan kepada pembangun aplikasi mulai suku pertama 2016 dan ianya menggunakan struktur optik yang membolehkanya digunakan dengan telefon pintar yang berlainan saiz.

VR JiDome-1 hadir dengan giroskop 9-paksi, sensor jarak dan kipas penyejuk dan akan ditawarkan pada harga CNY 199 iaitu sekitar RM 131 bagi pembangun aplikasi.

Jika ini menjadi harga penjualan komersial, VR JiDome-1 mungkin sudah boleh bersedia untuk mengambil gelaran headset VR termurah didunia apabila ianya mula dijual pada suku kedua tahun 2016.

Selain itu, FiresVR juga tidak memaklumkan sebarang perancangan untuk menawarkan headset ini ke pasaran antarabangsa.

sumber

FireVR-JiDome-1

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.