Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iflix percuma bagi pelanggan TM UniFi kini sudah mula ditawarkan

Iflix malaysia

Awal bulan ini iflix dan Telekom Malaysia telah mengumumkan kerjasama yang akan meyaksikan pelanggan TM UniFi dan Streamyx menikmati langganan Internet TV iflix secara percuma untuk satu tahun.

iflix dan TM sebelum ini tidak memberikan sebarang tarikh spesifik akan bila servis percuma ini akan bermula dan nampaknya kini perkhimatan internet tv percuma kepada pelanggan UniFi telah bermula.

Dengan kerjasama ini, kesemua pelanggan UniFi dan Streamyx Telekom Malaysia akan menikmati langganan iFlix secara percuma selama 12 bulan iaitu sehingga penghujung tahun 2016 (bernilai RM 96 (RM 8 x12)

Walaubagaimanapun, penawaran iflix percuma bagi pelanggan TM UniFi ini akan dilakukan secara berperingkat dan anda mungkin masih belum mampu menikmati servis percuma ini. Anda tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran untuk menikmati iflix percuma melalui TM UniFi ini.

iflix-free-tm-unifi

Perkhimatan percuma ini hanya ditawarkan kepada pelanggan UniFi dan pelanggan Streamyx yang terpilih. Servis percuma ini tidak ditawarkan kepada pelanggan UniFi BIZ.

Setiap akaun iFlix membolehkan anda mendaftarkan sehingga 5 peranti pada satu-satu masa dan anda boleh menonton menggunakan dua peranti pada masa yang sama tanpa sebarang halangan.

Aplikasi iFlix ini kini ditawarkan kepada pengguna komputer, Android dan pengguna iOS dan bagi pelanggan baru iFlix anda jika anda belum menerima langganan percuma ini, anda juga boleh menikmati tontonan tanpa had secara percuma selama 30 hari.

anda boleh memuat turun aplikasi iFlix bagi Android disini dan bagi peranti Apple iOS anda boleh memuat turunya disini. Untuk membuka iflix di komputer anda boleh layari laman sesawang mereka di SINI .

Adakah anda berjaya memperoleh akses percuma melalui iFlix?, berikan jawapan anda diruang komen dibawah

sumber

image

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.