Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Facebook kini menyokong muat turun ‘Live Photo’ iPhone 6s

LivePhoto

Fungsi pengambilan Live Photo yang diperkenalkan pada Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus adalah sesuatu yang menarik memandangkan dengan fungsi pengambilan gambar ini, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus akan mengambil gambar yang mempunyai audio dan pergerakan.

Dengan menekan gambar yang diambil pada mod Live Photo ini, pengguna iPhone 6s dan iPhone 6s Plus hanya perlu menekan gambar tersebut untuk memainkan fungsi ‘Live Photo’ ini.

Walaupun konsep yang sama seperti Live Photo pernah diperkenalkan pada aplikasi sebelum ini, ini adalah kali pertama Apple memperkenalkanya melalui iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang hadir dengan sistem operasi iOS 9.

Disebabkan ini, kebolehan untuk berkongsi gambar mod Live Photo ini adalah sangat terhad dimana tidak banyak laman media sosial yang menyokong gambar ini.

Sebelum ini, Tumblr telah menjadi media sosial pertama untuk menyokong Live Photo dan langkah muat turun Live Photo ini juga adalah sama seperti gambar lain kecuali terdapat satu ikon khas yang menandakan ianya adalah gambar mod Live Photo dan anda harus memiliki iPhone 6s dan iPhone 6s Plus untuk menikmati fungsi ini.

Tumblr mungkin yang pertama namun pengumuman terbaru bahawa Facebook juga akan mula menawarkan sokongan Live Photo adalah sesuatu yang pasti telah ditunggu-tunggu oleh pengguna.

Facebook telah mengesahkan perkara ini dan kebolehan untuk memuat turun Live Photo kepada akaun Facebook anda akan ditawarkan secara berperingkat.

Jika anda ingin menyemak samada iPhone 6s anda kini menyokong muat turun Live Photo di Facebook anda boleh memilih untuk memuat turun satu gambar dan memilih gambar yang diambil melalui mod Live Photo. Selepas itu anda akan melihat butang ‘Live’ yang memberikan anda kebolehan untuk memuat turunya di Facebook.

Jika anda belum menerimanya, kami pasti anda akan menerimanya tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.