Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Android 5.1.1 Lollipop kini ditawarkan untuk Honor 6 dan 6 Plus

image

Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop kini sudah mula ditawarkan kepada Honor 6 dan Honor 6 Plus dan pengumuman ini telah dibuat melalui akaun Facebook Honor Malaysia

Walaubagaimanapun, bagi pemiliki peranti Honor 6 dan Honor 6 Plus kemaskini Android Lollipop mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk tiba namun Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa kemaskini Android 5.1.1 Lollipop bagi kedua-dua peranti Honor 6 ini kini ditawarkan.

kemaskini Android 5.1 Lollipop bagi Honor 6 dan Honor 6 Plus ini tiba selepas Huawei Mate 7  dan Huawei G7 menerima kemaskini yang sama minggu lalu.

Kemaskini Andorid Lollipop bagi Huawei Honor 6 dan Honor 6 Plus ditawarkan secara OTA ( Over-The-Air) dan anda boleh memuaturunya sekarang melalui rangkaian Wi-Fi.

Komitmen Huawei untuk menawarkan kemaskini yang terbaru bagi telefon pintar yang lama harus dipuji kerana ramai pengeluar telefon pintar akan bersikap lepas tangan dan hanya memfokuskan kepada peranti terbaru didalam siri tersebut.

Sebelum mengemaskini Huawei Honor 6 dan Honor 6 Plus yang dimiliki oleh anda, kami mencadangkan anda melakukan ‘backup’ segala data anda supaya tidak kehilangan sebarang maklumat penting.

Pastikan juga anda mempunyai kapasiti bateri melebihi 50% sebelum memulakan proses kemaskini yang terbaru ini.

Kemaskini Android 5.1.1 Lollipop ini juga hadir dengan UI Huawei yang baru iaitu EMUI 3.1.

Jika anda menghadapi sebarang masalah anda boleh menghubungi pusat khimat pelanggan Huawei ditalian 1800-22-3366.

jika anda tidak menerimanya secara automatik, ansa juga boleh melakukan kemaskini secara manual dengan menekan pautan ini bagi Honor 6  dan pautan ini bagi Honor 6 Plus

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.