Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi Xiaomi Redmi 3 didedahkan di TENAA

image

Xiaomi mungkin telah menutup tirai tahun 2015 dengan pelancaran Xiaomi Redmi Note 3 yang kini boleh didapati di Malaysia (secara tidak rasmi).

Walaubagaimanapun, Xiaomi dilihat mempunyai perancangan untuk melancarkan lebih banyak model baharu pada awal tahun 2016 dan salah satu daripada model yang akan dilancarkan adalah Xiaomi Mi 5 dan Redmi 3.

Reka bentuk Xiaomi Mi 5 juga telah kami laporkan awal pagi hari ini dimana Mi 5 dan Mi 5 Plus akan hadir didalam beberapa warna dan terdapat juga satu video yang memaparkan Xiaomi Mi 5 yang hadir dengan butang fizikal.

Selain itu, pada Redmi 3 ini juga dapat kita saksikan bahawa Xiaomi mungkin sudah memutuskan untuk meninggalkan reka bentuk plastik dan beralih kepada reka bentuk yang lebih premium walaupun pada model yang lebih murah.

Xiaomi Redmi 3 telah disenaraikan di TENAA dan antara spesifikasi yang disahkan akan dimiliki oleh telefon pintar ini adalah skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses octa-core berkelajuan 1.5GHz, 16GB memori simpanan dalaman, slot microSD, kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP dan ukuran dimensi 139.3 x 69.6 x 8.5 mm dengan berat 143gram.

Posisi kamera Xiaomi Redmi 3 juga berlainan apabila dibandingkan dengan Redmi Note 3, kamera Redmi 3 diletakkan di bahagian atas kiri panel belakang dengan lensa yang lebih kecil.

Xiaomi Redmi 3 mungkin menjadi telefon pintar pertama Xiaomi bagi tahun 2016 iaitu sebelum pelancaran Xiaomi Mi 5 dan Mi 5 Plus.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.