Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

SKMM : Rebat Cukai GST bagi pengguna prabayar bermula 1 Januari ini

prepaid-gst-dimansuhkan

Jika anda masih ingat, kerajaan telah mengumumkan bahawa cukai GST yang dikenakan ketika melakukan tambah nilai akan dikreditkan semula kepada pengguna.

Pengumuman ini telah dilakukan pada pembentangan belanjawan bagi tahun 2016 dan rebat cukai GST ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

Cukai GST yang akan direbatkan semula kepada akaun pengguna ini akan dilakukan didalam masa 24 jam selepas tambah nilai dilakukan.

Mulai 1 Januari 2016, harga penjualan kad tambah nilai akan kembali kepada harga asal iaitu tanpa dikenakan cukai GST 6% namun anda akan dikenakan cukai selepas ditambah nilai dan jumlah kredit yang anda akan terima bagi tambah nilai RM 10 adalah RM 9.43.

Walaubagaimanapun, jumlah cukai yang dibayar oleh anda iaitu 0.57sen akan dikreditkan semula ke dalam akaun anda didalam tempoh 24 jam.

Selain itu, rebat cukai ini hanya akan ditawarkan khusus kepada pengguna prabayar dan satu sistem khas telah di bangunkan dimana hanya warganegara Malaysia sahaja akan menerima rebat cukai ini.

Rebat ini akan ditawarkan selama satu tahun iaitu sehingga 31 Disember 2016 dan pelanjutan penawaran rebat ini bergantung kepada perancangan kerajaan pada pembentangan belanjawan 2017 yang akan dilakukan pada bulan Oktober 2016.

Rebat cukai GST ini dijangka akan dinikmati oleh 28 juta orang pemegang akaun prabayar yang berwarganegara Malaysia berbanding  jumlah keseluruhan pemegang akaun prabayar adalah 33 juta.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.