Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IP-Box mampu menggodam kod laluan iPhone didalam masa 17 jam

image

Keselamatan telefon pintar adalah satu isu yang penting dan mustahak kerana jumlah pertumbuhan pengguna telefon pintar semakin meningkat setiap hari

Kebanyakkan pengguna akan menyimpan gambar, e-mel peribadi, mesej, gambar, maklumat perbankan dan maklumat kesihatan.

Kita tidak akan sedar betapa pentingnya segala data yang disimpan didalam telefon pintar kita sehingga kita kehilanganya.

Satu kes yang difailkan di New York, Amerika Syarikat telah menggunakan Apple iPhone sebagai bukti untuk kes membabitkan pengedaran dadah jenis heroin.

Walaubagaimanapun, Hakim menolak bukti ini kerana kenyataan yang tidak konsisten. Pihak pendakwa pada mulanya berkata bahawa mereka mampu menggodam Apple iPhone pengedar dadah ini tanpa sebarang masalah dan kemudian berkata bahawa mereka mungkin memerlukan bantuan daripada Apple.

Walaubagaimanapun, agen khas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, David Bauer telah memberi penerangan bahawa satu peranti baru yang dikenali sebagai IP-Box boleh digunakan untuk membuka kod iPhone secara sistematik dimana setiap kod pas dari 0000 hingga 9999 digunakan untuk membuka kod laluan iPhone ini.

Peranti IP-Box ini adalah sangat mudah didapati dan mempunyai harga penjualan sekitar $100-200.

Modus operandi IP-Box ini adalah ianya akan mencuba semua kombinasi kod laluan 4-digit iPhone dan kod laluan ini akan dibuka didalam masa kurang daripada 17 jam.

Peranti IB-Box ini memudahkan sesiapa sahaja yang memilikinya dengan mudah membuka kod laluan keselamatan iPhone namun ianya tidak mungkin berhasil jika anda menggunakan kombinasi 6-digit dan memberikan kebenaran untuk memadam semua data apabila 10 cubaan kod laluan yang salah dikesan.

Dengan kehadiran peranti seperti IP-Box ini, jika jatuh ke tangan yang salah, kes kecurian peranti Apple iPhone ini mungkin lebih berleluasa dan kami mengesyorkan anda meletakkan 6-digit kod laluan selain penggunaan capjari sebagai langkah keselamatan yang lebih baik.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.