Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A9 telah dilancarkan secara rasmi

samsung galaxy a9

Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Galaxy A9 di China selepas model ini dikesan di TENAA semalam.

Seperti yang kami perkatakan sebelum ini, Samsung Galaxy A9 akan menduduki tempat teratas didalam siri A dan hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan keluli yang di inspirasikan dari reka bentuk Galaxy S6.

Samsung Galaxy A9 hadir dengan skrin paparan 1080p Super AMOLED berukuran 6.0-inci dan mempunyai panel sisi skrin yang nipis iaitu hanya 2.74mm.

Samsung Galaxy A9 juga hadir dengan pemproses Snapdragon 652 ( dulu dikenali sebagai Snapdragon 620), 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan mempunyai slot microSD.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy A9 hadir dengan kamera utama 13MP yang mempunyai optik pengstabilan imej dan kamera 8MP diberi tanggungjawab mengambil gambar selfie anda.

Samsung Galaxy A9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut hadir dengan sokongan pantas QuickCharge dan tidak lupa sensor capjari yang diletakkan pada butang ‘home’ yang turut menyertakan sokongan sistem pembayaran Samsung Pay.

Selain itu, Samsung Galaxy A9 juga hadir dengan Wi-Fi a/b/g/n, Bluetooth is v4.1, GPS/Beidou dan NFC.

Selain itu, Samsung Galaxy A9 hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu emas, emas ros dan perak.

Walaupun telah dilancarkan secara rasmi, Samsung belum memberikan sebarang maklumat harga dan akan bilamodel ini mula dijual.

sumber

samsung galaxy a9-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.