Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One M9 mula menerima kemaskini Android Marshmallow

htc-one-m9-android-marshmallow

Mo Versi, Naib presiden pengurusan produk HTC semalam telah mengesahkan bahawa HTC One A9 dan One M9 akan mula menerima kemaskini Android Marshmallow terbaru didalam masa 24 jam.

HTC One A9 yang memang hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow ketika dilancarkan kini akan ditawarkan kemaskini Android 6.1 yang baru sahaja mula ditawarkan kepada peranti Nexus beberapa minggu lalu.

Penawaran kemaskini One M9 adalah sesuatu yang besar kerana HTC menjadi syarikat pertama untuk menawarkan kemaskini Marshmallow bagi peranti utama mereka yang dilancarkan awal tahun ini.

Untuk mendapat kemaskini ini, pengguna HTC One M9 perlu melakukan dua kemaskini iaitu satu kemaskini yang akan memberikan peranti anda versi perisian 2.11.617.180 dengan saiz perisian ini hanya 99.47MB. kemaskini ini adalah persediaan untuk beralih kepada kemaskini Android Marshmallow dengan saiz perisian adalah 1.21GB.

Sistem operasi Android Marshmallow ini hadir dengan banyak fungsi baru seperti ciri pengurusan bateri Doze yang akan meletakkan telefon pintar anda didalam keadaan tidur yang akan meningkatkan lagi jangka hayat bateri anda.

Apabila anda telah mula menerima kemaskini ini, pastikan melakukan kemaskini ini pada rangkaian Wi-Fi sebelum memuat turun dan mengemaskini HTC One M9 anda kepada versi terbaru Android ini. Anda juga harus memastikan bateri peranti anda melebih 50% untuk melakukan kemaskini ini.

selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh juga melakukan ‘back-up’ segala data anda sebelum melakukan kemaskini.

sumber

htc one a9 one m9 android marshmallow update

htc-one-m9-android-marshmallow-update

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.