Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Gear VR ditawarkan pada harga yang lebih murah – RM 459

samsung gear vr malaysia-2w

Samsung Malaysia kini menawarkan Gear VR di Malaysia pada harga penjualan yang lebih murah iaitu hanya RM    459 termasuk GST.

Gear VR ini adalah satu peranti pemakaian di kepala yang direka khas untuk memberikan pemilik telefon pintar Samsung Galaxy pengalaman realiti maya yang lebih realitisik.

Sebelum ini Gear VR Innovator Edition yang ditawarkan khusus untuk Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge mempunyai harga penjualan RM 799 termasuk GST namun versi baru yang dikenali dengan nama Gear VR sahaja ditawarkan pada harga yang lebih murah dan menyokong 4 model Samsung Galaxy iaitu Samsung Galaxy Note 5, Samsung Galaxy S6, Samsung Galaxy S6 Edge dan Samsung Galaxy S6 Edge+.

Gear VR yang baru ini hadir dengan beberapa butang fizikal seperti butang suara, butang ‘back’, dial manual untuk membetulkan fokus lensa VR ini.

Seperti versi sebelum ini, Samsung berkerjasama dengan Oculus untuk mengeluarkan Gear VR ini dan terdapat banyak aplikasi dan permainan yang direka khusus untuk memaksimumkan pengunaan peranti realiti maya ini.

Samsung Gear VR ini kini diboleh didapati di wakil pengedar sah Samsung dan dengan harga penjualan yang lebih murah, mungkin lebih ramai pengguna akan berminat untuk memiliki peranti realiti maya ini.

samsung gear vr malaysia-1 samsung gear vr malaysia samsung gear vr malaysia-3

gear vr

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.