Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo K4 Note akan memiliki 3GB RAM

Lenovo k4 note

Minggu lalu, Lenovo telah mengesahkan kewujudan telefon pintar pengganti kepada Lenovo K3 Note melalui akaun twitter Lenovo India.

Sebelum ini, Lenovo tidak mengesahkan nama telefon pintar ini namun kini kami telah mendapat bukti bahawa telefon pintar ini akan dikenali sebagai Lenovo K4 Note dan diberikan nama ‘killernote2016’

Selain bercakap mengenai kewujudan telefon pintar berpatutan Lenovo ini, Lenovo kini telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan 3GB RAM iaitu 1GB lebih besar berbanding K3 Note yang memiliki 2GB RAM.

Bercakap mengenai memori simpanan dalaman pula, Lenovo K4 Note dikatakan akan hadir dengan 32GB memori simpanan dalaman iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding K3 Note.

Lenovo K4 Note dikatakan akan hadir dengan pemproses Helio X10 daripada MediaTek dan ianya akan juga hadir dengan reka bentuk yang sangat berkualiti tinggi ( berasaskan keluli) dan tidak lupa sensor capjari yang sudah menjadi satu ciri wajib pada telefon pintar sekarang.

Lenovo K4 Note dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari dan satu pengumuman rasmi mungkin dilakukan di CES 2015 yang akan berlangsung di Las Vegas bulan hadapan.

Seperti K3 Note, Lenovo K4 Note juga akan hadir dengan harga penjualan yang berpatutan dan harapan diletakkan kepada Lenovo untuk membawa masuk telefon pintar ini secara rasmi ke pasaran Malaysia.

sumber

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.