Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 akan mula dijual Mac 2016

samsung-galaxy-s7-dan-galaxy-s7-plus-3d-render-2

Syarikat telekomunikasi utama China iaitu China Mobile nampaknya telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy S7 yang telah hangat diperkatakan akan ditawarkan oleh mereka pada bulan Mac 2016 iaitu selepas pelancaran di MWC 2015 yang akan berlangsung pada bulan Februari.

Pengesahan ini telah disahkan pada satu majlis khas yang membentangkan perancangan syarikat telekomunikasi ini bagi beberapa bulan yang akan datang.

Selain itu, Harga bagi Samsung Galaxy S7 juga telah didedahkan iaitu melebihi CNY 3,000 (RM 1,989). Selain itu, pada pembentangan ini juga, China Mobile telah mendedahkan maklumat mengenai Huawei P9, Samsung Galaxy A5 dan Samsung Galaxy A7.

Samsung Galaxy A5, Galaxy A7 dan Huawei P9 juga akan ditawarkan pada bulan Mac 2016 dengan harga penjualan berada pada kadar CNY 1,500 – CNY 3,000 (RM 995 – RM 1,989).

Pelancaran Samsung Galaxy S7 yang dikatakan pada bulan Mac mungkin tepat memandangkan pelancaran global telefon pintar utama Samsung ini akan bermula pada bulan Mac iaitu kira-kira dua minggu selepas pelancaran rasmi dilakukan.

Bercakap mengenai Siri Galaxy A 2016 Samsung, tiga model baru ini telah dilancarkan bulan lalu dan kini ditawarkan di pasaran China namun pembelian melalui kontrak daripada China Mobile hanya akan ditawarkan didalam masa tiga bulan.

Huawei P9 walaupun belum dilancarkan juga telah mempunyai tarikh penjualan iaitu pada bulan Mac 2016.

sumber

s7 china mobile

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.