Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Vibe S1 kini di Malaysia – dua kamera selfie, RM 1,299

Lenovo-VIBE-S1_Pearl-White

Lenovo Mobile Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar Lenovo Vibe S1 kini secara rasminya telah mula ditawarkan di pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 1,299.

Lenovo Vibe S1 adalah telefon pintar yang hadir dengan satu ciri yang unik dimana ianya memiliki dua unit kamera hadapan yang mampu mengambil gambar selfie yang lebih berkualiti.

Selain itu, Lenovo Vibe S1 hadir dengan skrin paparan IPS LCD 1080p berukuran 5.0-inci (441ppi), pemproses MediaTek MT6752 berkelajuan 1.7GHz, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,420mAh.

Beralih kepada unit kamera yang dimiliki oleh Lenovo Vibe S1 ini, ianya hadir dengan kamera utama 13MP dengan sokongan pemfokusan PDAF dan flash LED. Kamera hadapan Vibe S1 ini adalah satu unit 8MP manakala satu kamera 2MP akan merakam latar belakang yang lebih baik dan mempunyai prinsip operasi sama seperti kamera ‘duo’ yang pernah digunakan pada telefon pintar HTC.

Ciri-ciri lain yang dimiliki oleh Lenovo Vibe S1 adalah sokongan dwi-SIM, 4G LTE, slot microSD ( pada sim kedua) dan hadir dengan sistem operasi Android 5.0 Lolipop.

Lenovo Vibe S1 ini ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu warna putih dan biru dengan harga penjualan RM 1,299 termasuk GST.

Pembelian Lenovo Vibe S1 ini kini boleh dilakukan melalui wakil pengedar sah ataupun secara atas talian melalui www.gemfive.com.my

Lenovo-VIBE-S1_Midnight-Blue

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.