Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom melancarkan pelan First Gold Internet- 40GB Internet hanya RM 100

Pic 2

Pelan pascabayar Celcom yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Celcom First Blue dan First Gold dengan bayaran bulanan RM 45 dan RM 100.

Celcom kini telah memperkenalkan dua pelan baru dibawah First Blue dan First Gold iaitu First Blue Internet dan First Gold Internet dengan bayaran bulanan yang sama.

Celcom First Blue Internet hadir dengan 6GB kuota internet yang dibahagikan mengikut kategori seperti waktu pengunaan biasa, kuota hujung minggu dan Celcom WiFi. (2GB+2GB+2GB).

Celcom First Gold Internet pula hadir dengan jumlah keseluruhan 40GB data yang mana ianya dibahagikan mengikut kategori tertentu.

Celcom First Gold hadir dengan 6GB Kuota pengunaan biasa, 12GB kuota untuk pengunaan dari 1 pagi – 7 pagi, 6GB

Celcom WiFi pada waktu biasa, 12GB pada waktu 1 pagi – 7 pagi dan 4GB kuota hujung minggu.

Selain itu, kedua-dua pelan ini tidak membolehkan anda melakukan panggilan namun penghantaran SMS masih boleh dilakukan.

Celcom dilihat mensasarkan pelan ini khusus kepada pemilik tablet dan Celcom juga dilihat menawarkan Apple iPad Mini 4 dan iPad Pro dengan komitmen bulanan dari RM 1,268.

Secara logiknya, Celcom WiFi adalah sesuatu yang tidak begitu berguna bagi pengguna lebih-lebih lagi pada waktu bukan puncak namun anda boleh melihat dimana anda boleh mendapat Celcom WiFi di SINI .

Pelanggan yang melanggan pelan Celcom FiRST yang baru ini juga akan mendapat langganan perkhimatan muzik Yonder selama 12 bulan juga akan mendapat pemberian hadiah percuma bernilai jutaan ringgit.

Pic 1 Pic 3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.