Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Program ujian beta Android Marshmallow Honor 7 dibuka

huawei honor 7 android marshmallow beta testing

Telefon pintar utama Huawei didalam siri Honor iaitu Honor 7 nampaknya bakal menerima sistem operasi Android 6.0 Marshmallow tidak lama lagi.

Namun jika anda tidak boleh tunggu sehingga kemaksini versi yang stabil ditawarkan, anda boleh menyertai program ujian beta Honor 7 bagi Android 6.0 Marshmallow yang turut hadir dengan sistem operasi EMUI 4.0.

Ujian beta sistem operasi terbaru ini kini telah dibuka dari 18 Disember sehingga 26 Disember ini dan apabila anda telah menyertai program ini anda akan menerima kemaskini Android Marshmallwo didalam versi beta.

Selepas menerima kemaksini ini, Huawei mahu anda melaporkan sebarang masalah yang dihadapi secara terus kepada mereka melalui pautan ini http://www.vmall.my/beta-testing.

Seperti biasa, versi beta ini pasti hadir dengan sedikit kekurangan yang mungkin menyebabkan peranti anda tidak begitu lancar dan Huawei Malaysia menggalakkan anda melakukan ‘backup’ kesemua data peribadi anda.

Pembukaan program ujian beta bagi Honor 7 ini membuktikan bahawa Huawei komited untuk menawarkan kemaskini terbaru sistem operasi Google kepada telefon pintar mereka walaupun ini adalah siri kelas kedua Huawei.

Selepas Honor 7, Huawei mungkin akan mula mengalihkan perhatian untuk menawarkan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow kepada peranti utama mereka seperti Huawei P8, Huawei P8 Lite dan Huawei Mate S.

Huawei Honor 7 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,399 dan boleh dibeli melalui vmall.my

anda boleh menyertai program beta Android Marshmallow bagi Honor 7 dengan mengisi borang di SINI

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.