Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Miliki Apple iPhone 6s melalui Maxis Zerolution – RM0 Pendahuluan

maxis-iphone-6s-iphone-6s-plus-zerolution-3

Program Zerolution Maxis yang dilancarkan beberapa bulan lalu memberikan pengguna untuk memiliki peranti kegemaran mereka melalui Maxis tanpa perlu anda risau tentang bayaran muka yang tinggi.

Sebelum ini, program pemilikan Maxis Zerolution ini hanya ditawarkan kepada peranti Android dan kini Maxis telah membuka program pemilikan ini bagi telefon pintar Apple iPhone 6s.

Walaubagaimanapun, hanya iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dengan kapasiti 16GB sahaja yang ditawarkan melalui program pemilikan Zerolution ini.

Harga penjualan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus masing-masing adalah RM 3,199 dan RM 3,799.

Kedua-dua iPhone 6s ini ditawarkan didalam kontrak 24 bulan dan bayaran balik peranti sahaja bermula dari serendah RM 100 sebulan.

maxis-iphone-6s-iphone-6s-plus-zerolution

Jika anda memilih untuk membeli iPhone 6s 16GB anda akan dikenakan bayaran bulanan bagi peranti RM 100 dan pelan Maxis One yang bermula dari RM 158 sebulan.

Ini bermaksud, bayaran bulanan minima untuk anda memiliki iPhone 6s melalui Maxis Zerolution berserta dengan pelan adalah RM 258 sebulan.

Jika anda memilih untuk membeli iPhone 6s Plus, anda akan dikenakan bayaran bulanan bagi peranti RM 121 sebulan dan pelan MaxisOne yang bermula dari RM 158 sebulan.

Bayaran bulanan minima bagi memiliki iPhone 6s Plus melalui Zerolution ini adalah RM 279 sebulan.

Selain itu, anda juga boleh melanggan Zerolution Upgrade dengan bayaran RM 20 sebulan dan ini membolehkan anda menukar telefon pintar baru setiap 12 bulan dan terdapat juga pelan perlindungan premium dengan bayaran RM 15 sebulan.

maxis-iphone-6s-iphone-6s-plus-zerolution-1
MaxisOne 158 ini menawarkan panggilan dan SMS percuma tanpa had selain 5GB kuota internet bulanan

Jika anda mahu kuota internet tambahan anda mungkin boleh melanggan pelan MaxisOne yang lebih mahal iaitu MaxisOne 188 yang menawarkan panggilan dan SMS percuma selain 7GB + 1GB percuma untuk 6 bulan pertama.

bagi pelanggan talian sampingan, anda boleh memilih pelan MaxisOne Share pada harga yang sama.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Maxis Zerolution ini anda boleh menyemaknya di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.