• Home »
  • Nexus »
  • Nexus 6P daripada Huawei kini ditawarkan didalam warna emas

Nexus 6P daripada Huawei kini ditawarkan didalam warna emas

 

image

Huawei telah mengesahkan bahawa telefon pintar Nexus 6P yang mendapat sambutan menggalakan sejak mula dijual di pasaran dunia termasuk Malaysia akan mendapat satu versi khas yang hadir didalam warna emas.

Nexus 6P ini akan dikenali sebagai Nexus 6P Special Edition dan ianya akan mula ditawarkan di pasaran India mulai minggu hadapan iaitu pada 21 Disember.

Nexus 6P Edisi Istimewa ini akan ditawarkan secara eksklusif melalui Flipkart.

Huawei Nexus 6P telah diterima baik di pasaran India walaupun mempunyai pasaran sasaran yang kecil, Nexus 6P warna emas ini telah dilancarkan.

Nexus 6P versi emas ini telah dilancarkan di pasaran Jepun sebelum ini dan akan ditawarkan didalam satu kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB.

beli Nexus 6P di SINI

Nexus 6P versi emas ini akan mempunyai harga penjualan INR 43,999 (RM 2,844)  iaitu INR 1,000 lebih mahal berbanding versi lain.

Nexus 6P Edisi Istimewa ini mempunyai spesifikasi dalaman yang sama seperti versi biasa iaitu skrin paparan WQHD berukuran 5.7-inci, pemproses Snapdragon 810, 3GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, kamera utama 12.3MP dengan sensor mikron piksel yang besar, slot USB Type-C dengan pengecasan pantas dan berasakan Android Marshmallow.

Nexus 6P kini ditawarkan di Malaysia melalui Lazada dan Vmall pada harga RM 2,698.

Baca Evolusi Nexus dan kenapa Huawei adalah telefon pintar Nexus Terbaik

Ketahui 6 Sebab kenapa anda harus memiliki Nexus 6P.

sumber

Comments

comments

Share