Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE secara rasminya melancarkan phablet Axon Max

image

ZTE secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar phablet Axon Max yang pada mulanya dikesan pada bulan Oktober.

ZTE Axon Max hadir dengan reka bentuk berasaskan rangka keluli.

Axon Max hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 617, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4140mAh.

Beralih kepada bahagian kamera pula, ZTE Axon Max memiliki kamera utama 16MP manakala kamera Selfie adalah 13MP. Selain itu, satu sensor capjari juga diletakkan berdekatan dengan kamera belakang.

ZTE Axon Max juga hadir dengan slot microSD, sokongan 4G LTE, sokongan dwi-SIM dan berasaskan sistem operasj Android 5.1 Lollipop.

ZTE Axon Max ini kini sudah mula ditawarka di China dengan harga penjualan CNY 2,999 iaitu sekitar RM 1,857 tanpa sebarang kontrak dengan syarikat telekomunikasi.

Selain di pasaran China, ZTE belum mengumumkan sebarang perancangan untuk menawarkan Axon Max di pasaran antarabangsa namun kemungkinan untuk ianya terjadi adalah tinggi memandangkan telefon pintar siri Axon telah pun ditawarkan di pasaran luar termasuk di Malaysia.

ZTE sebelum ini telah memperkenalkan Axon Elite ke pasaran tempatan dan ianya ditawarkan pada harga RM 1,999.

Telefon pintar ini boleh dikatakan telefon pintar pertama ZTE untuk hadir dengan spesifikasi kelas atasan.

ianya hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 810, 3G RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

imageimage

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.