Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Asli HTC One X9 mula tersebar

New-pictures-of-the-HTC-One-X9-1

Jika semalam kami telah melaporkan bahawa HTC One X9 akan dilancarkan tidak lama lagi, hari ini kami ingin melaporkan bahawa sebelum pelancaran rasmi telefon pintar terbaru HTC ini berlangsung, telefon pintar ini telah didedahkan didalam gambar asli.

Reka bentuk HTC One X9 dilihat berasaskan keluli iaitu sama seperti pada HTC One A9 namun panel kamera X9 ini dilihat sama seperti rekaan yang diperkenalkan oleh Huawei pada Nexus 6P.

Pada bahagian hadapan, One X9 hadir dengan pembesar suara ikonik HTC BoomSound, butang kapasitif, kamera hadapan dan logo HTC pada bahagian atas.

Selain itu, pada bahagian sisi One X9 ini anda boleh lihat terdapat satu slot SIM yang tidak memerlukan sebarang pin untuk membuka, butang suara dan butang kuasa yang bergerigi.

Beralih kepada bahagian bawah pula, HTC One X9 dilihat mempunyai slot micro USB, manakala pada bahagian atas adalah slot audio 3.5mm.

Bahagian belakang HTC One X9 memiliki satu panel berasingan untuk kamera dan flash LED yang ditempatkan di sebelah kiri kamera.

Bercakap mengenai spesifikasi yang dimiliki oleh HTC One X9 ini, ianya akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT6795 berkelajuan 2.2GHz, 2 atau 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

HTC One X9 dijangka akan dilancarkan di pasaran China sebelum memasuki pasaran antarabangsa.

sumber

New-pictures-of-the-HTC-One-X9 New-pictures-of-the-HTC-One-X9-6 New-pictures-of-the-HTC-One-X9-5 New-pictures-of-the-HTC-One-X9-4 New-pictures-of-the-HTC-One-X9-3 New-pictures-of-the-HTC-One-X9-2 New-pictures-of-the-HTC-One-X9-7 New-pictures-of-the-HTC-One-X9-8

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.