Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 6s peranti yang paling banyak di ‘Google’ tahun 2015

google-2015-search
Generasi telefon pintar terbaru Apple iaitu iPhone 6s telah mendapat pengiktirafan sebagai peranti pengguna yang paling banyak di cari pada enjin pencarian Google.  Perkara ini telah didedahkan oleh laporan tahunan Enjin Pencarian Google yang dikeluarkan semalam.

Perkara ini pasti akan membanggakan Apple memandangkan Apple iPhone 6s hanya dilancarkan pada bulan September iaitu 4 bulan lalu.

dari segi pencarian berkaitan Teknologi, senarai 10 teratas didalam kategori ini di Google didominasi oleh kebanyakkan peranti pintar.

Nombor dua peranti yang paling banyak di ‘Google’ adalah Samsung Galaxy S6, Apple Watch, iPad Pro, LG G4, Samsug Galaxy Note 5, Samsung Galaxy J5, HTC One M9, Huawei Nexus 6P dan akhir sekali di tempat kesepuluh adalah Microsoft Surface Pro 4.

walaubagaimanapun, tiada satu pun daripada pencarian ini berada dikalangan 10 pencarian teratas bagi tahun 2015.
10 pencarian terbanyak di Google bagi tahun 2015 adalah Lamar Odom, Charlie Hebdo,Agar.io, Jurrasic World, Paris, Furios 7, Fallout 4, Ronda Rousey, Caitlyn Jenner dan American Sniper.

Dominasi Apple didalam pencarian terbanyak ini diteruskan lagi selepas Apple iPhone 6 menjadi peranti paling banyak di Google pada tahun 2014.

Bagi pencarian di Malaysia pula, Didalam senarai 10 teratas,  HRMIS 2 menduduki tempat pertama diikuti oleh BR1M 2015,How-Old.net, Maharaja Lawak Mega, Fast & Furious 7, Hati Perempuan, 1 USD to MYR, WhatsApp Web, GST dan ditempat ke sepuluh adalah Bersih 4.0

consumer-tech-google-search-2015-apple-iphone-6s

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.