Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi Penuh Xiaomi Mi 5 didedahkan – skrin QHD, kamera 20MP

Xiaomi mi 5

Walaupun sering diperkatakan, masih tiada sebarang maklumat kukuh mengenai telefon pintar Xiaomi ini walaupun sebelum ini pernah kami laporkan ianya akan hadir dengan butang fizikal untuk menempatkan sensor capjari.

Walaubagaimanapun, semua ini berubah apabila telefon pintar utama Xiaomi Mi 5 ini telah disenaraikan oleh pengedar Oppomart.

Oppomart menyenaraikan Xiaomi Mi 5 dan ini bermaksud mereka telah menerima maklumat yang sahih daripada sumber terdekat syarikat china ini.

Laman ini turut menyertakan spesifikasi penuh Xioami Mi 5 dan ianya disahkan akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM LP-DDR4 dan tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB,64GB dan 128GB.

Beralih kepada kamera, Xiaomi Mi 5 memiliki kamera utama 20MP yang dijangka menggunakan unit kamera daripada Samsung atau Sony, kamera selfie 8MP yang mungkin dibekalkan oleh OmniVision.

Spesifikasi lain yang akan dimiliki oleh Xioami Mi 5 adalah bateri berkapasiti 3,800mAh, sistem operasi MIUI 7 berasaskan Android Marshmallow ( walaupun disenaraikan di Oppomart akan memiliki MIUI 6 dan Android 5.1 Lollipop) dan NFC dengan sistem pembayaran khusus untuk pasaran China yang dikenali sebagai “Cloud Lightening Pay”.

Akhir sekali, Oppomart turut menyertakan harga penjualan Xiaomi Mi 5 iaitu $599 (RM 2,582) namun syarikat ini kebiasaanya akan menawarkan kesemua peranti pintar lebih tinggi daripada harga penjualan yang diumumkan oleh Xiaomi.

sumber
xiaomi mi 5 oppomart

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.