Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo K4 Note akan dilancarkan pada bulan Januari 2016

lenovo-k4-note

Lenovo secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar pengganti kepada K3 Note akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pengesahan ini telah dilakukan melalui laman akaun Twitter dengan satu gambar dan mesej yang ditulis seperti berikut “Prepare for the dawn of the new #KillerNote.”

Selain itu, tidak seperti kebiasaanya, Lenovo K4 Note dijangka akan dilancarkan di pasaran India terlebih dahulu memandangkan gambar dan mesej mengenai pengganti kepada K3 Note ini di terbitkan melalui akaun Twitter India.

Pilihan Lenovo untuk melancarkan K4 Note dipasaran India terlbih dahulu membuktikan bahawa Lenovo juga mula sedar bahawa pasaran India adalah satu pasaran yang penting dan mampu memberikan mereka potensi pertumbuhan yang baik.

Lenovo K4 Note dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari dan satu pengumuman rasmi mungkin dilakukan di CES 2015 yang akan berlangsung di Las Vegas bulan hadapan.

Lenovo K4 Note dikatakan akan hadir dengan pemproses Helio X10 daripada MediaTek dan ianya akan juga hadir dengan reka bentuk yang sangat berkualiti tinggi dan tidak lupa sensor capjari yang sudah menjadi satu ciri wajib pada telefon pintar sekarang.

Walaupun telah disahkan akan kewujudannya, Lenovo masih belum memberikan sebarang petunjuk akan bila telefon pintar ini mula memasuki pasaran antarabangsa termasuk pasaran Malaysia dan harus juga kami ingatkan bahawa K3 Note tidak memasuki pasaran tempatan secara rasmi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.