Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gear S2 kini ditawarkan melalui Celcom – RM400 lebih murah

Samsung Gear S2 Celcom FiRST Plan

Jam Pintar Gear S2 daripada Samsung yang telah mula ditawarkan di Malaysia kini ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi Celcom dengan harga penjualan yang lebih murah.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, bagi pelanggan baru anda hanya perlu melanggan pelan FiRST Blue atau FiRST Gold manakala bagi pelanggan sediada anda hanya perlu beralih kepada pelan terbaru Celcom ini.

Samsung Galaxy Gear S2 yang ditawarkan oleh Celcom melalui pelan FiRST terbaru ini hadir didalam dua versi dan kedua-dua versi ini mendapat potongan harga RM 400 berbanding harga penjualan asal.

Samsung Gear S2 Classic yang ditawarkan dengan harga penjualan RM 1,599 boleh didapati pada harga RM 1,199 dengan melanggan pelan Celcom FiRST Blue atau FiRST Gold.

Samsung Gear S2 Sport yang mempunyai harga penjualan RM 1,399 pula akan ditawarkan pada harga RM 999 apabila anda melanggani pelan pelan Celcom FiRST Blue atau FiRST Gold.

Harga istimewa bagi kedua-dua jam pintar Samsung Gear S2 ini akan ditawarkan sehingga penghujung tahun ini iaitu sehingga 31 Disember 2015 dan harga diskaun kedua-dua peranti ini tidak termasuk GST.

Samsung juga akan mengadakan roadshow Gear S2 di IOI City Mall, Putrajaya yang bermula dari 17 18 Disember sehingga 20 Disember dimana terdapat tawaran istimewa jika anda melakukan pembelian di sana. Maklumat promosi di roadshow Samsung Gear S2 boleh anda ketahui disini.

Sebelum melakukan pembelian anda mungkin berminat untuk membaca Unboxing : Gear S2 Classic

Gear s2 celcom

maklumat penuh boleh anda ketahui di sini

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.