Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi melancarkan Redmi Note Prime

noteprime_mainSelepas pelancaran Redmi Note 3 bulan lalu, Xiaomi telah memperkenalkan satu lagi peranti baru iaitu Redmi Note Prime.

Redmi Note Prime dilancarkan di pasaran India dan ianya hadir dengan skrin paparan IPS 5.5-inci dengan resolusi 720p, pemproses Qualcomm Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Dari segi kamera pula, Xiaomi Redmi Note Prime hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie model telefon pintar ini adalah 5MP.

Selain itu, Redmi Note Prime turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,100mAh, sokongan 4G LTE, slot dwi-SIM, MIUI 7 yang berasaskan Android 4.4 KitKat ( sedikit mendukacitakan) dan mempunyai ukuran dimensi 154×78.7×9.4mm dengan berat 185gram.

Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi India, Manu Jain berkata dengan pelancaran Redmi Note Prime ini, peminat Mi akan mempunyai pilihan untuk memiliki telefon pintar yang lebih berkuasa tinggi dengan pilihan untuk menambah memori simpanan dan dwi-SIM.

Selain itu, dengan kapasiti bateri 3,100mAh selain penambahbaikan dari segi pengurusan bateri MIUI, Xiaomi telah mencapai prestasi bateri yang baik pada Redmi Note Prime ini.

Xiaomi Redmi Note Prime adalah telefon pintar kedua yang dilancarkan khusus bagi pasaran India.

Xiaomi Redmi Note Prime hadir dengan harga penjualan INR 8,499 iaitu sekitar RM 548 berdasarkan kadar pertukaran semasa dan akan mula dijual hari ini secara eksklusif di Amazon India.

sumber

redmi note prime redmi note prime-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.