Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 7 Enhanced Edition dilancarkan secara rasmi

 

huawei honor 7 enhanced edition

Huawei secara rasminya telah melancarkan versi baru telefon pintar utama Honor mereka iaitu Honor 7 yang dikenali sebagai Honor 7 Enhanced Edition.

Huawei Honor 7 versi ‘Enhanced Edition’ ini hadir dengan skrin paparan HD 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses 64-bit HiSilicon Kirin 935, 3GB RAM dan dengan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB

Selain itu, Honor 7 turut dilengkapi dengan kamera utama 20MP IMX230 daripada Sony manakala kamera selfie adalah 8MP dan kamera hadapan telefon pintar ini turut dilengkapi dengan flash LED.

Selain itu, Honor 7 juga menjadi telefon pintar pertama Huawei dibawah siri Honor untuk hadir dengan sensor pengesan cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang dan mempunyai tindakbalas pantas iaitu hanya 0.5 saat.

Honor 7 ini menyokong rangkaian 4G LTE pada dua slot SIM dan mempunyai bateri berkapasiti 3,100mAh yang turut menyokong teknologi pengecasan pantas 9V2A.

Selain perbezaan kapasiti memori simpanan dalaman, satu lagi perbezaan Enhanced Edition ini dengan Honor 7 yang biasa adalah penyertaan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Huawei Honor 7 Enhanced Edition ini hanya akan ditawarkan didalam satu warna iaitu warna emas dan akan mempunyai harga penjualan CNY 1,999 iaitu sekitar RM 1,338.

Huawei Honor 7 Enhanced Edition ini hanya ditawarkan di pasaran China namun model ini mungkin memasuki pasaran antarabangsa termasuk Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.