Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan kemaskini Android Marshmallow bagi telefon pintar Lenovo tersebar

lenovo-android-marshmallow-update-2

Sistem operasi terbaru Android iaitu Android 6.0 Marshmallow sudah mula digunakan pada peranti bukan Nexus dan lebih banyak pengeluar telefon pintar telah memaklumkan perancangan kemaksini bagi peranti mereka.

Lenovo nampaknya juga mempunyai perancangan yang sama iaitu menawarkan kemaskini Android Marshmallow kepada peranti mereka yang dilancarkan sepanjang tahun ini.

Model telefon pintar Lenovo yang akan mendapat Android Marshmallow akan bermula dari Lenovo K3 Note dimana kemaskini Android Marshmallow ini akan mula ditawarkan secara berperingkat mulai bulan Mac 2016. Selain itu, Lenovo Vibe X3 (versi china) dan Lenovo Vibe P1 juga akan menerima kemaskini sistem operasi baru mulai Mac 2016.

Pada bulan April 2016, versi China bagi Lenovo K3 Note bersama-sama Lenovo A7000 akan menerima Android Marshmallow dan pada bulan Mei 2016, Vibe X3 dan Vibe P1 pula akan menerima Android 6.0 ini.

Pada bulan Jun, Lenovo Vibe S1 dijadualkan menerima Android Marshmallow diikuti model antarabangsa bagi Lenovo Vibe X3 dan Lenovo A7000+.

Gambar yang mendedahkan maklumat pelan penawaran kemaskini Android Marshmallow ini telah dijumpai di Weibo.

Buat masa ini Lenovo belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi akan bila peranti mereka mula menerima kemaskini sistem operasi Android Marshmallow ini.

Walaubagaimanapun, dengan gambar pembentangan pelan Android Marshmallow yang tersebar ini, kami pasti pengguna telefon pintar Lenovo akan lebih optimistik selepas ini.

sumber

lenovo android marshmallow update

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.