Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus membandingkan ZenFone Max dengan Apple iPhone 6s + Smart Battery Case

Asus-ZenFone-Max-4Tidak lama selepas Apple mula menawarkan perkakas Apple Smart Battery Case khas untuk Apple iPhone 6s dan iPhone 6, Asus telah memuat turun satu gambar yang secara langsung berkata adalah tidak berbaloi memiliki peranti tersebut kerana mempunyai satu telefon pintar yang memberikan anda jangka hayat yang lebih lama tanpa perlu anda membeli aksesori bateri tambahan.

Telefon pintar yang dimaksudkan oleh Asus adalah Asus Zenfone Max yang masih belum dilancarkan namun ianya hadir dengan kapasiti bateri yang besar bagi telefon pintar iaitu 5,000mAh.

Asus membandingkan kelebihan kapasiti bateri yang dimiliki oleh ZenFone Max dengan kapasiti bateri Apple iPhone dicampurkan dengan kapasiti bateri tambahan yang ditawarkan sambil mengeluarkan kenyataan yang bermaksud “ anda tidak memerlukan aksesori tambahan apabila kapasiti bateri maksimum ditawarkan pada satu peranti”.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Asus mengenai ZenFone Max ini adalah logiknya. Di atas kertas, ZenFone Max yang hadir dengan kapasiti bateri 5,000mAh mampu menawarkan pengguna 37 jam waktu berbual, 22 jam waktu pengunaan internet, 22 jam tontonan video.

Sebagai perbandingan, gabungan Apple iPhone dengan Smart Battery Case mampu menawarkan pengguna 25 jam waktu berbual, 18 jam waktu pengunaan internet dan 20 jam tontonan video.

Selain itu, kita sedia maklum bahawa Asus ZenFone Max dan Apple iPhone 6s atau iPhone 6 tidak boleh dibandingkan kerana perbezaan antara kedua model ini adalah sangat jauh.

Asus ZenFone Max hadir sebagai model kelas pertengahan manakala Apple iPhone 6s adalah telefon pintar premium dengan harga penjualan yang bermula dari RM 3,199.

Asus ZenFone Max yang memiliki bateri 5,000mAh dijangka akan mula ditawarkan di pasaran tidak lama lagi dan pelancaranya di Malaysia juga akan berlangsung tidak lama lagi.

Asus-ZenFone-Max-2 Asus-ZenFone-Max-1 Asus-ZenFone-Max-3 asus zenfone max

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.