Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

6 Sebab Kenapa Nexus 6P Adalah Telefon Pintar Terbaik Untuk Anda

Google baru-baru ini telah berkerjasama dengan Huawei untuk melancarkan telefon pintar terbaik didalam siri Nexus iaitu Nexus 6P daripada Huawei dan huruf “P” pada telefon pintar Nexus ini melambangkan Premium dan ia sememangnya sesuai dengan namanya.

Skrin paparan AMOLED QHD, pemproses Snapdraon 810 daripada Qualcomm dan sistem operasi terbaru Android Marshmallow adalah antara spesifikasi yang dimiliki oleh Nexus 6P daripada Huawei ini.

Dengan harga penjualan RM 2,698, Nexus 6P daripada Huawei ini menawarkan lebih banyak ciri selain gelaran sebagai antara telefon pintar spesifikasi yang terbaik dipasaran.

Berikut adalah ENAM SEBAB kenapa anda harus membeli Nexus 6P daripada Huawei, ” Telefon Pintar Nexus Terbaik Pernah Di Lancarkan”.

nexus-6p-screen
1. Skrin paparan AMOLED berkualiti tinggi

Nexus 6P daripada Huawei ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED WQHD beresolusi 2560 x 1440 yang memberikan kepadatan piksel 551ppi yang pasti akan memukau anda dengan kualiti gambar dan boleh dilategorikan sebagai antara skrin paparan yang terbaik di pasaran.

Selain itu, sebagai pelindung kepada skrin paparan ini, Nexus 6P daripada Huawei ini juga hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 4 yang diperkuatkan dengan proses tambahan daripada Huawei.

Pengunaan skrin paparan AMOLED pada Nexus 6P menawarkan penghasilan warna yang lebih semula jadi dan penglihatan baik walaupun dibawah keadaan matahari yang terik.

android-marshmallow-6-0-on-nexus-device

2. Sistem Operasi Android Marshmallow Asli yang menawarkan pengalaman Android terbaik!

Kebanyakkan pengguna peranti Android pasti akan setuju bahawa pengunaan sistem operasi Android yang asli akan membolehkan telefon pintar Android beroperasi pada keadaan yang paling optimum dan berprestasi tinggi.

Walaupun terdapat banyak sistem operasi yang berasaskan Android di pasaran, tiada satu pun yang mampu menawarkan kelancaran pengunaan dan kepantasan yang mampu ditawarkan oleh sistem operasi Android yang asli. Pada satu masa, anda mungkin terfikis bahawa Android Marshmallo adalah lebih baik daripada sistem operasi iOS daripada Apple.

Selain itu, versi Android yang asli hadir tanpa sebarang aplikasi tambahan daripada pihak ketiga dan ini bermaksud telefon pintar Nexus 6P anda hanya akan memiliki aplikasi yang anda mahu sahaja.

Selain itu, kelebihan yang dimiliki oleh peranti Nexus adalah, Google akan meletakkan keutamaan kepada siri peranti Nexus dari segi penawaran kemaskini sistem operasi terbaru Android.

nexus-6p-speaker-1024x734

3.Pembesar Suara Stereo yang sesuai untuk pengstriman video, pendengaran muzik dan permainan video.

Kami bergembira kerana Google dan Huawei telah memahami apa yang diperlukan oleh pengguna. Buktinya adalah dengan penawaran pembesar suara stereo pada Nexus 6P ini yang menghasilkan bunyi yang lantang dan tanpa sebarang perubahan pada kualiti bunyi. Prestasi Audio yang ditawarkan oleh Nexus 6P daripada Huawei ini boleh dikatakan mampu menyaingi pembesar suaran BoomSound yang ditawarkan oleh HTC.

nexus-6p-nexus-imprint
4.Nexus Imprint – Sensor pengesan capjari terpantas di pasaran.

Jika anda menganggap bahawa sensor capjari TouchID adalah pantas, tunggu sehingga anda mencuba Nexus Imprint daripada Nexus 6P.

Sejurus selepas anda meletakkan jari anda pada permukaan Nexus Imprint, anda akan mengaktifkan telefon pintar dan ianya berlaku didalam masa anda mengelipkan mata anda.

Nexus Imprint dilihat mempunyai ketepatan pengesanan capjari yang tinggi dan mempunyai prestasi yang sangat efisen. Apa yang lebib menarik anda hanya perlu meletakkan jari anda pada permukaan untuk mengkatifkan peranti Nexus 6P anda.

nexus-6p-rear-camera-1024x683

5. Prestasi kamera terbaik pernah di miliki oleh telefon pintar Nexus

Didalam sejarah telefon pintar Siri Google Nexus, kamera tidak pernah menjadi tumpuan utama Google kerana syarikat ini kurang memberikan fokus kepada pengoptimasi dan perisian kamera.

Walaubagaimanapun, ini telah berubah pada Nexus 6P kerana telefon pintar terbaru Nexus ini hadir dengan kamera ketiga terbaik di pasaran. Pengiktirafan ini telah diberikan oleh DxOMark yang memberikan 84 mata kepada Nexus 6P iaitu dibelakang Samsung Galaxy S6 Edge (86 mata) dan Sony Xperia Z5 (87 mata).

walaupun tidak mempunyai optik pengstabilan imej, kamera 12.3 megapiksel yang dimiliki oleh Nexus 6P ini hadir dengan sensor piksel yang besar iaitu 1.55 μM yang membolehkan anda merakam video 4K dan video gerak perlahan tanpa sebarang masalah.

nexus-6p-usb-type-c

6. Jangka Hayat Bateri yang lebih lama dengan fungsi Doze

Ketahanan bateri adalah satu satu kriteria utama yang dipertimbangkan sebelum membeli telefon pintar dan generasi Nexus sebelum ini kebiasaanya tidak mempunyai jangka hayat bateri yang baik. Walaubagaimanapun, Nexus 6P daripada Huawei telah mengubah sejarah ini dengan kerjasama Google.

Nexus 6P daripada Huawei hadir dengan bateri berkapasiti 3,450mAh yang digabungkan dengan fungsi penjimatan bateri ‘Doze’ pada sistem operasi Android Marshmallow. Kedua-dua ini bergabung untuk memberikan pengguna jangka hayat bateri yang sangat tahan lama.

Dengan slot pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas, anda tidak perlu sentiasa menghadap pengecas atau powerbank terlalu kerap.

Kami telah menamakan beberapa sebab utama kenapa Nexus 6P daripada Huawei ini sebagai telefon pintar pilihan kami dan banyak lagi sebab yang melayakkan anda mempertimbangkan Nexus 6P sebagai telefon pintar anda yang terbaru.

Nexus 6P daripada Huawei ini kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,698, anda boleh membelinya di SINI melalui vmall atau melalui Lazada di SINI .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.