Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

1,000 Pembeli Pertama Nexus 6P menerima hadiah percuma daripada Huawei

huawei-nexus-6p-free-gift-malaysia-1

Nexus 6P daripada Huawei yang mula dijual pada 10 Disember di Malaysia telah terjual sebanyak 1,000 unit didalam masa 24 jam dan sebagai penghargaan kepada sambutan ini, pembeli Nexus 6P dari vmall dan Lazada Malaysia pada 11 Disember akan menerima perkakas perlindungan dan earphone Huawei secara percuma.

Walaubagaimanapun, Huawei tidak memberikan sebarang hadiah percuma kepada pembeli 1,000 pembeli terawal dan sebagai membalas sokongan mereka, Huawei Malaysia telah mengumumkan penawaran perkakas perlindungan dan earphone secara percuma.

Bagi 1,000 pembeli pertama Nexus 6P daripada Huawei, anda boleh mendapatkan hadiah percuma ini dengan memuat turun gambar bukti pembelian Nexus 6P anda (vmall ataupun Lazada) dan selepas itu anda hanya perlu menghantar nama penuh anda, alamat penghantaran, nombor telefon dan nombor rujukan pembelian melalui mesej FB bagi Huawei mengesahkan pembelian anda.

hasil tinjauan kami di laman Facebook Huawei Malaysia mendapati tidak banyak pembeli terawal yang telah menebus hadiah percuma ini danĀ  jika anda merupakan 1,000 pembeli pertama Nexus 6P di Malaysia anda dilakukan melakukan langkah-langkah seperti diatas. tebus hadiah percuma anda di SINI

Nexus 6P dariapda Huawei kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,698 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna kelabu dan perak.

Anda boleh melakukan pembelian Nexus 6P ini melalui vmall ataupun melalui Lazada Malaysia yang membolehkan anda menerima Google Chromecast secara percuma (bernilai RM 149).

beli Nexus 6P di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.