Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Prototaip Pertama Dengan Pemproses Snapdragon 820 di perkenalkan

qualcomm-snapdragon-820-prototype

Pada satu majlis khas di China, Qualcomm telah memberikan kita model pertama dengan pemproses Snapdragon 820. Model prototaip ini dilihat hadir dengan pemproses terbaru Qualcomm ini kita telah mendapat bukti akan kemampuan dan kekuatan pemproses terbaru cipset Snapdragon 820 ini.

Prototaip telefon pintar yang hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 ini juga memberikan kita petunjuk akan apa spesifikasi yang akan dimiliki oleh kebanyakkan telefon pintar utama tahun hadapan.

Peranti prototaip ini hadir dengan skrin paparan 2K, pemproses terbaru Snapdragon 820, sensor capjari berkelajuan pantas yang dikenali sebagai ultra sonic yang juga dikeluarkan oleh Qualcomm, 3GB LPDDR4 RAM, 64GB memori simpanan dalamana, kamera belakang 21MP dan sistem operasi terbaru daripada Google iaitu Android 6.0 Marshmallow.Qualcomm-Snapdragon-820-

Spesifikasi yang dimiliki telefon pintar prototaip ini memberikan petujuk bahawa haluan pasaran telefon pintar dunia khususnya didalama pasaran Android akan berkembang dengan pesat. Adalah tidak mustahil lebih banyak syarikat pengeluar akan mencuba untuk melancarkan model telefon pintar dengan spesifikasi yang mampu menarik perhatian dunia teknologi ini.

Tahun hadapan mungkin menjadi tahun dimana lebih banyak pengeluar mengggunakan skrin paparan 4K dengan kepadatan piksel melebihi 800ppi, pemproses Snapdragon 820, LPDDR4 RAM dengan dua kapasiti iaitu 3GB atau 4GB, sensor pengesan capjari Qualcomm 3D Ultrasonic dan sistem operasi Android yang terkini iaitu Android Marshmallow.

2016 dilihat akan menjadi satu lagu tahun yang akan menyaksikan telefon pintar dengan spesifikasi dan ciri yang pasti akan membuatkan kita terpesona dengan kebolehan pengeluar telefon pintar didalam industri.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.