Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Evolusi Google Nexus : Huawei, pengeluar terbaik siri Nexus

nexus-evolution-all-smartphones

Bagi kebanyakkan pengguna Android, memilki satu telefon pintar yang menawarkan pengalaman Android yang asli adalah sesuatu yang di diimpikan dan di cari oleh mereka.

Google telah menjadikan impian ramai pengguna Android apabila syarikar gergasi Amerika Syarikat ini telah melancarkan siri peranti Nexus. Siri Nexus ini adalah siri peranti pintar yang sememangnya popular dikalangan peminat Android.

Sejarah Nexus bermula sebagai telefon pintar yang digunakan untuk melakukan ujian oleh pembangun aplikasi sebelum diperkembangkan menjadi satu siri yang layak ditawarkan kepada pengguna kira-kira enam tahun lalu.

nexus-oneNexus One – Januari 2010

HTC telah dipilih sebagai syarikat pertama yang pilih oleh Google untuk mengeluarkan telefon pintar Nexus yang pertama yang dikenali sebagai Nexus One.

Nexus One dilancarkan pada tahun 2010 dan ianya hadir dengan sistem operasi Android 2.1 Eclair OS yang dikuasai dengan pemproses satu teras, 512MB RAM dan kamera utaman 5MP. Reka bentuk Nexus One ini diwarisi daripada HTC Desire yang mempunyai reka bentuk berasaskan aluminium dan polikarbonat. Nexus One telah dipertimbangkan sebagai antara telefon pintar terbaik ketika itu.

nexus-s

Nexus S – Disember 2010

Generasi kedua telefon pintar Nexus telah dikeluarkan oleh Samsung dan hadir dengan nama Nexus S. Nexus S hadir ke pasaran dengan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread dan merupakan telefon pintar Android pertama didunia untuk menyokong NFC. Nexus S hadir dengan reka bentuk melengkung dan berasaskan plastik. Ianya memiliki skrin paparan 4.0-inci, Kamera utama 5MP dan 512MB RAM.

galaxy-nexus

Galaxy Nexus – Disember 2011

Google meneruskan kerjasama mereka dengan Samsung dan melancarkan Galaxy Nexus pada 2011 dan pada model tahun tersebut, telefon pintar Galaxy Nexus hadir dengan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang hadir dengan tema warna yang lebih gelap berbanding sistem operasi sebelumnya. Reka bentuk luaran Galaxy Nexus ini hadir dengan sedikit lengkungan dan menggunakan polikarbonat. Samsung Galaxy Nexus mendapat perhatian yang tinggi kerana ianya hadir dengan skrin paparan HD Super AMOLED, 2GB RAM dan pemproses dua teras.

Google-Nexus-4

Nexus 4 – November 2012

Pada tahun 2012, Google telah memilih rakan pengeluar baru dan LG telah mendapat kontrak untuk mengeluarkan generasi terbaru telefon pintar Nexus iaitu Nexus 4. LG Nexus 4 mengejutkan dunia dengan pelancaran model yang berasaskan gelas. Google telah mempunyai persefahaman yang kukuh dengan LG sehingga menyaksikan LG menjadi pengeluar kepada Nexus 5 dan juga Nexus 5X yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

LG Nexus 4 hadir dengan reka bentuk yang berasaskan reka bentuk LG Optimus G yang mempunyai panel sisi getah manakala gelas belakang yang berkilau memberikan nafas baru didalam industri telefon pintar. LG Nexus 4 hadir dengan pemproses Snapdragon S4 Pro dan disertakan dengan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean. Ianya mempunyai harga penjualan yang sangat berpatutan dan merupakan antara telefon pintar Nexus yang paling popular.

Nexus_5

Nexus 5 – Oktober 2013

Telefon pintar Nexus kedua daripada LG iaitu Nexus 5 yang dilancarkan lewat tahun 2013 hadir dengan reka bentuk yang lebih ringkas namun mengekalkan reka bentuk yang premium dan elegan.

Nexus 5 mendapat perhatian kerana ianya hadir dengan spesifikasi yang baik namun harga penjuala yang masih rendah. Model Nexus bagi tahun 2013 ini hadir dengan skirn paparan 1080p berukuran 4.95-inci dan pemproses quad-core berkelajuan 2.26GHz.

nexus-6

Nexus 6 – November 2014

Motorola Nexus 6 adalah telefon pintar pertama Nexus untuk hadir dengan skrin paparan 6.0-inci dan hadir dengan skrin paparan QHD AMOLED, pemproses Snapdragon 805 dan kamera 13MP yang turut dilengkapi dengan OIS.

Nexus 6 juga adalah telefon pintar Nexus pertama untuk hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk dan menawarkan sistem operasi Android 5.0 Lollipop.

nexus-5x

Nexus 5X – September 2015

Nexus 5X yang dilancarkan pada bulan September tahun ini menyaksikan Google kembali kepada LG dan ianya hadir dengan banyak spesifikasi utama seperti sensor capjari dan kamera terbaik pernah ditawarkan pada peranti Nexus.

Nexus 5X hadir dengan sistem operasi terbaru Google iaitu Android 6.0 Marshmallow dan ianya hadir dengan banyak ciri baru seperti Doze yang mampu menjimatkan bateri selain slot USB type-C.

huawei-nexus-6p-singapore-launch

Nexus 6P – September 2015

Kita telah sampai kepada model terakhir didalam telefon pintar Nexus yang dilancarkan bersama-sama Nexus 5X. Nexus 6P yang dikeluarkan oleh Huawei merupakan kerjasama pertama antara kedua syarikat ini didalam pengeluaran peranti Nexus.

Tujuan utama Google memilih Huawei sebagai pengeluar peranti Nexus mereka yang terbaru ini adalah kebolehan Huawei yang semakin mendapat tempat dikalangan pengguna didunia.

Sebagai telefon pintar utama Nexus, Nexus 6P hadir dengan spesifikasi yang terbaik dari semua aspek.

Bercakap mengenai skrin paparan yang dimiliki, Nexus 6P hadir dengan skrin paparan WQHD AMOLED berukuran 5.7-inci yang turut dilindungi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 4.

Dari segi dalaman pula, Nexus 6P daripada Huawei hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 810, 3GB RAM dan bateri berkapasiti 3,450mAh.

google-huawei-nexus-6p-03-1024x731

Nexus 6P daripada Huawei juga memiliki kamera 12.3MP yang hadir dengan piksel sensor yang lebih besar iaitu 1.55 μM dan pengunaan sensor ini akan memerangkap lebih banyak cahaya berbanding sensor biasa. Kamera hadapan Nexus 6P ini adalah kamera 8MP dengan sensor 1.4μM.

Nexus 6P juga hadir dengan dua pembesar suara hadapan selain slot USB Type-C yang turut hadir dengan sokongan pengecas pantas.

Selain itu, satu sensor capjari juga ditawarkan pada Nexus 6P ini yang mana Google menamakanya sebagai Nexus imprint yang dikatakan antara sensor terpantas didalam pasaran.

Nexus 6P daripada Huawei juga hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow yang turut ditawarkan pada Nexus 5X keluaran LG.

Nexus 6P adalah peranti paling baik yang ditawarkan oleh Google tahun ini. Nexus 6P dibawah naungan Google ini hadir dengan sistem operasi yang laju dan stabil.

Dengan kerjasama ini, Jenama Huawei akan menjadi lebih terkenal dan secara tidak secara tidak langsung akan meningkatkan lagi keyakinan terhadap jenama Huawei.

Prestasi Huawei sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memperlihatkan pertumbuhan yang konsisten dan kini telah ditawarkan di hampir 170 negara seluruh dunia. Huawei telah mendapat gelaran syarikat pengeluar telefon  pintar terbaik di China dan merupakan pengeluar ketiga terbesar didunia.

Bukti Huawei semakin mendapat tempat dikalangan pengguna seluruh dunia adalah apabila sebanyak 7 juta unit Huawei Mate 7 telah dijual sejak pelancaran sekaligus membuktikan kepakaran dan inovasi syarikat ini.

Kami percaya Google akan meneruskan kerjasama dengan Huawei didalam generasi telefon pintar dan tablet Nexus di masa hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.