Roadshow Samsung Gear S2 kini berlangsung di Sunway Pyramid

Samsung Gear S2 Roadshow

Samsung Gear S2 yang dilancarkan beberapa minggu lalu di Malaysia dilihat mendapat sambutan hangat apabila tempahan bagi jam pintar terbaru Samsung ini kehabisan stok didalam masa hanya 16 jam.

Samsung Malaysia kini mengadakan satu roadshow khas Gear S2 yang memberikan anda peluang memiliki jam pintar ini yang turut disertakan dengan hadiah percuma.

Roadshow Gear S2 ini kini sedang berlangsung di Sunway Pyramid iaitu dari 10 hingga 13 Disember ini dan bagi 100 pembeli pertama Gear S2, anda akan menerima satu tali jam Gear S2 yang bernilai RM 199 secara percuma.

Selain itu, bagi anda yang membeli telefon pintar Samsung Galaxy Note 5 dan Samsung Galaxy S6 Edge, anda boleh memiliki Samsung Gear S2 dengan diskaun tambahan 10% dan tali jam Gear S2 yang bernilai RM 199 secara percuma.

Samsung Galaxy Gear S2 ditawarkan didalam dua versi iaitu Gear S2 Sports dan Gear S2 Classic.

Gear S2 Sports ditawarkan didalam dua warna iaitu warna putih dan hitam dengan harga penjualan RM 1,399.

Gear S2 Classic juga ditawarkan didalam satu warna iaitu warna hitam dengan harga RM 1,599.

Selain Roadshow di Sunway Pyramid, Samsung juga akan mengadakan satu lagi roadshow di IOI City Mall, Putrajaya yang akan berlangsung dari 18 sehingga 20 Disember 2015.

pada roadshow ini juga anda akan menikmati promosi dan tawaran yang sama seperti ditawarkan di Sunway Pyramid.

image image image image image image

Comments

comments

Share