Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi Samsung Milk Music dilancarkan secara rasmi

samsung milk music malaysia

Samsung Milk Music aplikasi pengstriman muzik daripada Samsung yang dikhaskan kepada telefon pintar Samsung Galaxy telah mengadakan satu majlis pelancaran khas yang mana merupakan satu majlis muzik pertama yang diadakan di platform stesen kereta api.

Samsung Milk Music mempunyai hampir 150 station didalam 24 genre yang memberikan pengguna kebebasan untuk menikmati muzik mengikut citarasa mereka.

Majlis muzik Samsung Milk Music Groove ini telah diadakan di stesen kereta api Kelana Jaya dan konsert mini telah dijayakan oleh artis popular seperti DJ Bate, Sabhi Saddi, Bell Yu Tian dan Ella.

Aplikasi Samsung Milk Music ini ditawarkan secara eksklusif kepada pemilik telefon pintar Samsung Galaxy dan anda boleh memuat turun aplikasi Samsung Milk Music ini secara percuma.

Selain itu, bagi anda yang mahukan pengunaan aplikasi Milk Music yang lebih eksklusif, anda boleh melanggan Samsung Milk Music Premium dimana anda boleh menikmati banyak ciri tambahan seperti pendengaran offline, menukar lagu tanpa had, tiada iklan dan kualti audio yang lebih baik.

Samsung Milk Music ini dilihat mempunyai UI yang sangat unik dan sangat mudah digunakan dan Samsung juga berkata bahawa mereka akan memberikan lebih banyak peluang kepada artis tempatan untuk mengembangkan nama mereka melalui aplikasi Samsung Milk Music ini.

Bercakap mengenai akaun Samsung Milk Music Premium, ianya hadir dengan langganan bulan RM 9.99.

Anda boleh muat turun Samsung Milk Music di SINI

samsung-milk-music-malaysia-2 samsung-milk-music-malaysia-1 samsung-milk-music-malaysia FullSizeRender

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.