Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

1,000 unit Nexus 6P telah dijual di Malaysia

12309839_1138894709472044_2119015659295329535_o

Nexus 6P daripada Huawei yang dilancarkan pada 8 Disember lalu telah mula dijual hari ini dan Huawei Malaysia telah melaporkan bahawa mereka telah menjual 1,000 unit Nexus 6P pada hari pertama penjualan ini.

Sempena menghargai sambutan yang diberikan oleh pengguna di Malaysia, Huawei akan menawarkan Nexus 6P dengan perkakas perlindungan dan earphone secara percuma bagi pengguna yang membeli peranti ini melalui vmall.my dari pukul 9 pagi 11 Disember.

Promosi ini akan ditawarkan bagi pembelian Nexus 6P daripada Huawei melalui vmall.my manakala pembelian melalui Lazada akan mendapat Google Chromecast yang bernilai RM 149 secara percuma.

Walaubagaimanapun, hanya 100 pembeli pertama melalui Lazada akan menerima Google Chromecast ini secara percuma.

Nexus 6P daripada Huawei ini hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci dengan kepadatan piksel 518ppi dan dilapisi gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4. Menariknya ini adalah telefon pintar pertama Huawei dengan skrin paparan QHD.

Beli Nexus 6P melalui Lazada di SINI

Selain itu, antara spesifikasi lain yang dimiliki oleh Nexus 6P adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 810 versi 2.1, 3GB RAM, dua pembesar suara hadapan, bateri berkapasiti 3,450mAh, slot USB Type-C, Android Marshmallow dan hadir dengan tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB, 64GB dan 128GB.

Nexus 6P ini juga hadir dengan unit kamera yang sama iaitu kamera utama 12.3MP dengan 1.55µm piksel dan aperture f/2.0 dan mampu merakam video 2160p. bagi kamera selfie pula,  Nexus 6P juga memiliki kamera 8MP.

Huawei Nexus 6P ditawarkan didalam dua warna iaitu warna perak dan kelabu dengan harga penjualan RM 2,698. Versi yang ditawarkan di Malaysia adalah versi yang mempunyai 64GB memori simpanan dalaman.

Beli Nexus 6P melalui Lazada di SINI

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.