Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Watch kini di Malaysia – dari RM 1,799

12356269_10153686287254564_1801507691_o

Huawei Watch yang dilancarkan di MWC 2015 kini secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia iaitu hampir 9 bulan selepas ianya diperkenalkan.

Huawei Watch yang hadir dengan reka bentuk jam traditional ini hadir dengan skrin paparan AMOLED 1.4-inci (286ppi) yang dilindungi dengan gelas sapphire Kristal, pemproses Snapdragon 400, 512MB RAM, 4GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 300mAh.

Jam pintar Huawei Watch juga hadir dengan kebolehan untuk merekod tahap kesihatan anda dan ianya mengukur degupan jantung, jumlah langkah dan pembakaran kalori.

Huawei Watch hadir dengan reka bentuk jam 42mm yang disertakan dengan jam tali 18mm yang bermaksud anda boleh menukar jam tali mengikut kesukaan anda tanpa perlu membeli tali ini pada Huawei sahaja.

Jam Huawei Watch ini hadir dengan sistem operasi Android Wear daripada Google dan ianya boleh digunakan pada peranti Android dan kini juga boleh digunakan pada peranti iOS selepas sokongan bagi peranti Apple diumumkan baru-baru ini.

Huawei Watch hadir didalam tiga versi akan mula dijual melalui vmall.my pada 10 Disember ini dan ianya mempunyai harga penjualan seperti berikut :

  • Huawei Watch dengan rangka dan tali aliminium perak – RM 1,799
  • Huawei Watch dengan tali kulit berwarna hitam – RM 1,799
  • Huawei Watch dengan rangka dan tali aluminium berwarna hitam – RM 1,999

ketika ini, Huawei Watch belum disenaraikan lagi di laman atas talian rasmi Huawei iaitu vmall namun anda boleh menyemaknya dari semasa ke semasa.

Vmall Malaysia

12351352_10153686285154564_1114360009_o 12359219_10153686284954564_1081735675_o

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.