Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nexus 6P daripada Huawei kini secara rasminya di Malaysia

nexus-6p-huawei-malaysia-price

Telefon pintar Android asli iaitu Nexus 6P keluaran Huawei kini secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia dan akan mula ditawarkan mulai 10 Disember ini.

Beralih kepada spesfikasi yang dimiliki oleh telefon pintar terbaru Google ini, Nexus 6 hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci dengan kepadatan piksel 518ppi dan dilapisi gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4. Menariknya ini adalah telefon pintar pertama Huawei dengan skrin paparan QHD.

Selain itu, antara spesifikasi lain yang dimiliki oleh Nexus 6P adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 810 versi 2.1, 3GB RAM, dua pembesar suara hadapan, bateri berkapasiti 3,450mAh, slot USB Type-C, Android Marshmallow dan hadir dengan tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB, 64GB dan 128GB.

Nexus 6P ini juga hadir dengan unit kamera yang sama iaitu kamera utama 12.3MP dengan 1.55µm piksel dan aperture f/2.0 dan mampu merakam video 2160p. bagi kamera selfie pula,  Nexus 6P memiliki kamera 8MP.

Huawei Nexus 6P akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna perak dan kelabu. Versi yang ditawarkan di Malaysia adalah versi yang mempunyai 64GB memori simpanan dalaman.

Nexus 6P daripada Huawei ini akan ditawarkan melalui vmall.my dan Lazada Malaysia dengan harga penjualan RM 2,698 mulai 10 Disember 2015.

selain itu, jika anda melakukan pembelian melalui Lazada, anda akan menerima Google ChromeCast yang bernilai RM 149 secara percuma (600 unit pertama sahaja). pendaftaran bagi Nexus 6P melalui Lazada kini telah dibuka namun pendaftaran ini hanyalah untuk menghantar emel peringatan kepada anda, anda boleh lihat maklumat mengenai penawaran Nexus 6P Lazada disini atau pada gambar dibawah ini

lazada nexus 6p

nexus-6p-huawei-malaysia-price-1 nexus-6p-huawei-malaysia-price-2 nexus-6p-huawei-malaysia-price-3

12351388_10153686282909564_1956350533_o

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.