Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

BlackBerry Priv dilancarkan secara rasmi di Malaysia


Blackberry priv malaysia

BlackBerry Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu BlackBerry Priv ke pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 3,559.

Telefon pintar pertama Android daripada BlackBerry ini dilihat telah mendapat sambutan di kebanyakan pasaran utama dunia.

BlackBerry Priv dilancarkan di Malaysia pada hari yang sama Nexus 6P daripada Huawei dilancarkan.

BlackBerry Priv diangkat sebagai antara telefon pintar terbaik pernah dikeluarkan oleh syarikat ini dan model telefon pintar ini hadir hasil gabungan beberapa model ikonik BlackBerry termasuk BlackBerry Storm yang memiliki papan kekunci luncur ‘slide keyboard’.

Bercakap mengenai spesifikasi model ini, BlackBerry Priv akan memiliki skrin paparan melengkung OLED berukuran 5.4-inci dengan resolusi QHD (2560 x 1440 piksel), pemproses Qualcomm Snapdragon 808, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,410mAh.

Selain itu, dari segi kamera pula BlackBerry Priv hadir dengan kamera belakang 18MP yang turut hadir dengan OIS, pemfokusan PDAF dan sokongan rakaman video 4K. Dalam pada itu, kamera hadapan Priv hanyalah unit kamera 2MP.

Selain itu, BlackBerry Priv turut hadir dengan sokongan 4G LTE, slot microSD ( sehingga 2TB) dan aplikasi pengesan masalah privasi dan keselamatan DTEK.

BlackBerry Priv akan ditawarkan mulai 18 Disember 2015 didalam satu warna iaitu warna hitam dengan harga penjualan RM 3,559 termasuk GST.

Walaubagaimanapun, BlackBerry Priv kini telah dibuka untuk tempahan pada harga istimewa iaitu hanya RM 3,388 termasuk GST di 11street. ( 60 unit pertama sehingga 18 Disember).

Beli BlackBerry Priv di SINI

Selain 11street, BlackBerry Priv juga akan ditawarkan melalui Celcom dibawah pelan pascabayar mereka.

image image image image image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.