Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom menawarkan tiket wayang percuma bernilai RM 1,000,000

celcom-free-movie-tickets

Celcom sebentar tadi telah mengumumkan pemberian terbesar mereka tahun ini dimana semua pelanggan Celcom boleh memenangi tiket filem di pawagam terpilih secara percuma.

Bermula bulan Disember ini sehingga 6 Januari 2016, Celcom akan menawarkan tiket filem percuma yang bernilai RM 1,000,000.

Untuk melayakkan pelanggan Celcom mendapat tiket wayang percuma ini, pelanggan Xpax hanya perlu melanggan mana-mana pelan Internet.

Bagi pelanggan pelan pascabayar pula, hanya pelanggan baru yang melanggani First iaitu First Gold dan First Blue akan menikmati tiket percuma ini. Pelanggan sediada yang ingin beralih kepada pelan Celcom yang baru ini juga akan menerima tiket wayang percuma ini. Selain itu, bagi pelanggan postpaid yang sediada, anda juga boleh mendapat tiket wayang percuma dengan membeli kuota internet tambahan Max Up.

Selain itu, jika anda tidak mahu tiket wayang, anda juga boleh memilih untuk mendapat dua filem percuma melalui aplikasi Celcom ESCAPE.

Apabila anda telah layak menerima tiket percuma ini, anda akan menerima satu SMS yang mempunyai kod penebusan tiket dan URL ke laman sesawang Celcom dan disitu anda boleh menebus tiket percuma anda dengan memberikan maklumat penuh anda.

Tiket wayang percuma ini digunakan dimana-mana panggung wayang GSC dan MBO seluruh negara namun Celcom juga berkata bahawa hanya 2,000+ tiket ditawarkan setiap hari. kod yang diterima oleh anda boleh digunakan pada hari lain jika stok tiket percuma bagi hari ini telah habis.

Selain itu, ketua pegawai pemasaran dan penjualan Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata Celcom juga akan mengadakan lebih banyak pemberian percuma seperti ini pada bulan Januari dan Februari.

anda boleh tebus tiket anda disini

celcom-free-movie-tickets-4 celcom-free-movie-tickets-3 celcom-free-movie-tickets-1 celcom-free-movie-tickets-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.